Kembara Kenyir Bersama Geng Lasak KLD

Al-kisahnya UiTM punya cuti mid sem digabungkan dengan cuti raya haji, so aku dapat 11 hari cuti straight. So after few meetings, so Geng Lasak KLD grab the opportunity untuk jalan jalan ke Tasik Kenyir, Terengganu ;)


And the best part is, trip ini adalah unlike apa yang aku pernah alami sebelum ini. Bukan tidur di hotel, chalet, ataupun khemah. Tapi kami bercuti di atas moving boat kasi tawaf Tasik Kenyir yang mengikut kata krew boat, lagi besar dari Singapore. Well itu betul sekali. Sebab 3 hari di atas bot, brader bot tu kata kami baru separuh tawaf tasik. Banyak port tak jalan lagi. Gila betoiii.

So let me tell about the boat first, seperti yang kau nampak bot kami ada 2 tingkat (mostly semua bot kat situ sama). Kat atas ada 6 bilik tidur (satu bilik 3 orang boleh tidur). Then ada 2 port lepak kosang depan dan belakang kalau nak hirup angin segar. Bawahnya pulak, kiri sekali tu bilik air & tandas dia. Semua pembuangan masuk tasik. Youll be suprise apa yang muncul makan lepas kau berak. So unique but haha best weiii. Belakang tu dapur, full set siap dengan fridge sekali. Then ruang tengah yang kosong tu ada sofa, set tv complete with astro and karaoke set. Dan depan sekali tu kawasan lepak untuk mancing or borak ramai ramai.

So apa yang seronok sebenarnya Kenyir ni? Well jujur cakap aktiviti adalah sangat sikit. Tapi view dia adalah...wonderful. Subhanallah, lagi cantik dari permandangan pulau. Udara yang sangat segar, berangin. So calming.


24/7 kau akan didedahkan dengan view yang cantik, yang kau tak tau Malaysia ada tempat secantik ini. Besttt!


Angin adalah tanpa henti kerana bot sentiasa gerak. Malam bot stop but no worry atas tasik tasik malam sejuk woi!


The view. Subhanallah. Cantik sangat.


So first tempat kami nak tuju adalah lubuk kelah di Sungai Cacing. While the boat moving, take some time lepak tepi bot rendam kaki lawan ombak. Sambal makan makan enjoying the view. Best part!

Dan bila bot sudah berjalan, one thing kena tau, line phone adalah kosong. 3 hari anda akan lost connection dengan dunia luar. So orang orang keliling kau je lah entertainment kau.




Kalau bosan kami berposing. Penuh memori kamera dengan gambar sebab dekat 6 jam takde apa nak buat wei! So thats when kau mula borak dan mula eratkan silaturrahim. Simple as that.


Lupa sekejap stress kerja dan belajar yang ada!


Posing depan bilik sikitt.


Dapur pulak ala ala kampung atas laut. Terbuka, so letak pancing. Dapat ikan direct siang, tabur kunyit garam, goreng. Hahaha!


Krew krew dapur, banyak lagi sebenarnya. Hahaha. 


Bab memasak, dia tak provide so kau kena masak sendiri. So bahagi semua kepada 4 group, so satu group masak dalam 2 kali macam tu. Macam group aku kena masak breakfast first day dengan lunch second day. Waktu lain group lain masak, so tidaklah rasa penat di situ.


Dan diatas bot, makanan sesimple sup dan sayur goreng pun boleh buat kau tambah nasi dua kali!


Juga jangan lupa bawak banyak banyak minuman 3 in 1, berguna expecially time malam malam sejuk nak minum.


Imagine bangun pagi sejuk sampai tahap wap sebelah kita, and kau dapat semangkuk teh' o panas? Perfectooo


Ataupun sedang lapar memancing dihidangkan maggi goreng? Yummehh.


Walaubagaimanapun, bosan itu tetap akan muncul so sekarang ni aku nak bagi cadangan sikit entertainment yang mungkin kau boleh ada atas bot.


Main daun terup. Mainlah tipu ke, ginrumy ke, Tai Tee ke. Semua jadi seronok.


Main super spontan / raja botol di hadapan bot. Gelak besarrr!


Main buaya biawak. 


Menjalin cinta. Eh? haha


Bila dah satu hari bosan sampai malam, nanti akan naik gila, so boleh berkeris.


Ataupun posing je sampai kamera pun tak detect muka dah


Malam kita karaokeeeee! Kasi gegar tengah tengah tasik. 


Dan pagi pagi baru memancing! Hahaha. Ada ke ikan?


Ada. Kelah 3 ekor lagi kitaorang dapat.


Saya menang motor.


Yang tak mancing, jom free jumps sikit. Nak lompat dari tingkat atas pun boleh.


Paling best kalau dapat shot lompat kepala bawah kaki atas. Best!


Pusing!


Dah penat lompat, buat water confidence sikit haha.


Yang tak nak terjun tak nak mancing kita campak je masuk tasik. Hahaha.


Oh dan kalau reti bawak bot, dia ada provide 3 bot kecik in case kau nak pergi lubuk yang lagi dalam. 


Last day, kami shoot pergi Air Terjun Lasir. Sebelum jumpa jeti ke air terjun tu, kau akan jumpa mini waterfall dulu. Cantik!!


Dah sampai jeti, dalam 10-15 minit berjalan ke air terjun. 


Dan inilah air terjunnya. Cantik! Dan air terjun dia jernih dan sangat sejukk! Tiada pencemaran langsung.


Nak ambil gambar buat profile picture, inilah masanya.

Btw nampak tak apa ada kat tengah air terjun tu?


Ya di tengah air terjun ada jambatan ganting, best gila tempat ni! Jambatan gantung pertama aku nampak tengah air terjun!


Dari jambatan tu jugak dia provide tali kalau kau nak feeling ala ala tarzan, terjun masuk air. Best woiii! 


Terjunan yang mantoppp!


Posing lagi. Next kami mandi manda, bergambar, syampu rambut ramai ramai dan jom blah! haha


Macam baru balik spa!


Goodbye air terjun! Time ni aku siap berangan jumpa anak gajah sebab banyak kali kami atas bot nampak gajah kelaur minum air tasik. Malangnya tak jumpa. Tapi kami jumpa ulat gonggok besar tapak tangan.


Bergambar lompat depan bot sebelum bertolak balik!


Bergambar ramai ramai bersama krew bot yang sporting


Bergambar di pintu masuk.

Itu sahaja. Bagi aku tasik ni best kalau kau jenis suka nature, sebab view dia amazing. Sesuai kalau nak keluar dari hiruk pikuk bandar. Seriously aku lupa masalah aku bila kat sini. And walaupun banyak kes kami bosan atas bot, masa on the way balik terus aku dah rindu suasana atas bot time atas kereta. For the sake of experiences, aku cadangan kau cuba juga! Hehe

Paling utama, terima kasih untuk semua yang participate dalam trip ini. Thanks for making this trip wonderful. Kalau gambar korang takde kat sini nanti cekidout kat facebook. 

Sekian itu sahajaaaa. Jangan lupa likes entri ini! ;)
 

Keadaan Bilik Aku di Rumah Sewa

Hello, lama betul aku tidak update blog. Kisahnya dalam berbulan blog ini aku tinggalkan, aku punya kehidupan sudah berubah banyak. Kini aku dah sambung belajar semula. Alhamdullilah dalam bidang Pemasaran (Marketing) di UiTM Kampus Bandaraya Melaka - dan yeah, itu first choice aku so bersyukur itu memang sangat.

So sebagai someone yang titlenya seorang student dan seorang businessman (yeah im working and studying simultaneously)  demand aku untuk rumah sewa of course lah a bit high. Tapi masih mengekalkan ciri pelajar di situ. Chewahh. Hahaha.

So rumah aku ni letaknya di area Pokok Mangga Malim, about 10 minit driving ke kbm. Kawasan yang sunyi sebab jauh dari jalan raya tapi dekat dengan rumah kedai. Walking distance ke KFC, Pizza Hut, 7E, Domino, Econsave dan itu adalah sangat hebat. Hahaha. Nak tengok wayang pula adalah 8 minit drive. Now tell me how good is that? Inilah kelebihannya study di bandar.

So best thing pasal rumah sewa aku ni adalah sebabnya bilik aku adalah aku seorang yang duduk. Sangat best sebab privasi memang sangat superb. Dan aku ni pulak jenis pengemas so memang perfect lah aku kata. Aku buat sepah, bilik sepah, aku kemas, bilik kemas. Simple as that.


Dan kat atas ini adalah susunan bilik aku after buka pintu. Simple je sebab aku tak minat bilik yang berselirat. Ada meja solek with sliding mirror, timbang berat (warna biru yang kecik kat sebelah tu), almari bertingkat untuk buku dan fail, meja belajar, katil, dan almari. Simple je (Y)


So ini pulak workplace and studyplace aku. Ada table lamp ala-ala Toystory (Fav), jam loceng yang oldschool dan juga speaker kalau aku nak bikin pekak telinga kalau tension. Tapi kalau mood baik tu datang, pakai earphone sudah. Hahaha. Simple je meja belajar aku ni.


Next is this almari. Ada printer kat on top untuk urusan kerja ataupun print assignment. Next is file berzip, satu fail satu subjek. Then ada buku text. And bawah sekali is A4 Paper dan pelbagai barang lain. Dan bawah sekali macam laci tu aku punya DVD haram punya simpanan. Lebih 50 Movie dah aku kumpul, kalau bosan kita tengok.


Satu subjek satu file. So takdelah time final ko stress ni kertas ni subjek apa ni, haha. Persiapan dari awal. So takde notes yang akan tertinggal. So far technique aku ni sangat sangat berkesan! (at least for me)


Katil dapat size queen. Alhamdullilah selesa. Juga aku letakkan barbell kat hujung katil. Azamnya konon bangun tidur angkat lah, haha. Setakat ni belum ada perubahan lagi. hoho.


Di sisi katil ada meja kecik untuk letak air mineral / laptop lepas pakai. Juga ada dumbell. Dan kotak biru untuk letak baju kotor lepas pakai. Seminggu sekali basuh. Simple aint it?


My fav part of this room mestilah budak 2 kenit ini. Sangat cool untuk dibelek time dok belajaq. 


Almari pun boleh tahan. Sangat memenuhi kriteria yang aku nak.


DAN YANG PALING BEST PASAL BILIK INI ADALAH:
.
.
.


Suasana malamnya. Sangat tenang dan best! Depan meja belajar ada tingkap so angin masuk sepoi sepoi bahasa, kalau bosan hadap buku boleh jenguk luar. Takpun dok layan movie kat laptop ataupun youtubing non stop (thanks unfi for tiptop services).

Namun begitu, jarang sangat dapan hadap ni semua sebab mostly aku guna bilik ni untuk tidur je. Masa banyak dihabiskan untuk kerja dan belajar. Everything comes with pros and cons. So aku layankan je. Sekian sahaja post saya di sini. Bye!

Ps: Selamat Hari Raya Haji semua! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...