(20+ Gambar) Kenangan 3 tahun Diploma Aku Sebagai Business Student di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka.

Nak diceritankan semuanya memang tak mampu, namun cebisan sedikit mungkin mampu untuk dibuat kenangan untuk masa akan datang kelak. Eh apa nokharom ayat intro terus macam sastera tingkatan 5 ni adeyh. Sudah ayuh kita teruskan entri ni kepada main points terus.


PART 1

Kita mulakan entri ini dengan mendapat nickname dari senior. Dinamakan Judo, dengan maksud seperti diatas. Thanks to my senior Kuti (Kuat tido) for the name. Ahh ini semua budaya Kolej Jebat ataupun kata nama lain, Nadim.

Kehidupan di universiti. Semester pertama dah banyak subjek suruh presentation sengsorang di hadapan. Layankan.

Part kolej Jebat memang tak boleh lari lah nak buat Hakka. TV3 siap datang nak rekod persembahan kitaorang. Time ini kalau boleh semua nak jadi semaskulin habis.

Hyarghhhhhh. Ops koyak seluar.

PART 2

Assignmenet CTU. Aku nak share sebab semua muslim muslimah bergaya islamik mengambil gambar namun aku pulak senyum sengih macam ni subjek public relation padahal tamadun islam. 

Sanggup buat bookmark notes sebagai brochure CTU kami. Ustazah kata smart and still pakai masa aku sem 6. Bangga ;D

Apakah ini? Ok ini sebenarnya adalah gambar untuk assignment Marketing sebab aku telah mendapat topik unethical method of adverdtising and marketing iaitu antara salah satunya adalah menggunakan sex appeal. Cerita di sini adalah kesusahan mengambil gambar. Haha cuba kau bayangkan kalau pergi shopping complex tiba tiba ambil gambar ni, so apa aku buat konon mcm tengah reply sms padahal amik gambar ni dan terus chow. Berjayaaa.

 Bila bosan di dalam kelas, maka berwebcam gambar lah hasilnya. Ok tau classmates aku hotties, tak usah jealous haha.

And sweetest part untuk sem ini adalah walaupun baru kenal tak sampai setahun mereka semua dah buat kejutan untuk hari jadi aku ;D

PART 3

Selamat datang third language, Mandarin, dan kami mengambil keputusan shoting video sambil berkayak di tasik semula jadi di Chinchin dan juga Air Terjun Sagil. Padahal lebih kepada nak berjalan daripada buat assignment. Nasib baik lecturer bagi markah extra effort di situ. HAHA. Ok tau tak lawak.

Ini pulak subjek Business Communication. Nak menjadi smart kononnya research dari wakil fitness centre kami make effort jalan satu Melaka cari baju T seragam yang murah and memang worth habis jumpa baju Polo T yang berharga hanya RM15. Terus sambar.

Untuk melalkukan research tentang fitness, kami record dan interview para manusia yang berjogging sekita dataran keris.

Untuk subjek English pula, lecturer suruh kami semua buat perbentangan spaking di atas meja untuk build up confidence. Memang tak pernah dibuat orang, terima kasih Encik Saini =.='

 Kenangan berbuka buffet di AKCR, Ayer Keroh bersama roomates.

PART 4

First sekali tolong ketepikan pemandangan pada tai yang senget itu. Untuk Public Relation, kami kena cari satu syarikat luar untuk diinterview tentang bagaimana operasi mereka dalam public relation. Walaupun banyak syaraikat gergasi luar nun di sana terutama di KL, kami buat extra research untuk cari syarikat di dalam melaka. Selepas banyak gila phone call dan internet searching, kami end memilih antara syarikat gergasi dalam sektor pelancongan di Melaka, A'Famosa Resort. Mereka sungguh sporting dan memberi jawapan yang excellent. Alhamdullilah interview berasa sangat sangat lancar. Mungkin kerana aku ada charming teammates untuk assignment ini sampai buat dia tergoda? Hahaha

Dan oleh kerana kami first student UiTM yang menemu ramah mereka, mereka belanja kami set lunch yang sangat high class dan sedap. Terima kasih!

Dan start part 4 jugalah kami mula mengkomersial nama kelas ke DBS'D Legency. Masih bertahan hingga sekarang.

PART 5 

Masuk Part 5, kami berlima sudah mula bekerja part time untuk mencari duit poket. Kami kerja setiap hujung minggu, memang sangat penat, namun berbaloi sebab poket sentiasa penuh. Hehe.

Perkenalkan, yang kanan sekali itu Polo, diikuti Angah, Wahid, Abah, dan Wan. Yeahhhhhhhhhh.

Sebab antara kerja kami adalah mandi lumpur. Terus hilang jerawat di muka. Eh?

Dan untuk semester 5 ini, aku menjadi ketua projek untuk lawatan ke Canon Opto, Shah Alam, melalui subjek pengurusan operasi di bawah kawalan Puan Noraziana Azis. Sangat letih, dengan jadual yang pack, kerja, jadi ketua projek. Alhamdullilah sangat berbaloi expecially tang experiences itu, and walaupun at first tension sebenarnya sebab nak ambil subjek Organization Behaviour, tapi rasa syukur sebab aku excel dalam subjek ni sampai dapat A+ macam tak percaya kah kah kah.

Untuk Ekonomi Malaysia pula, kami membuat trip ke MIDA & SME Corp.

PART 6

This is the subjects for the last sem. 4 je tapi killer habis. Make effort untuk print awal sikit soalan past sem. Padahal sebenarnya sebab dah beli printer baru haha.

Untuk Part 6 mestilah ada projek besar kan, dan ini adalah projek besar kami. Aku join committee sebagai marketers/ AJK Pemasaran. Nak timba ilmu sikit sikit. So dengan ilmu Photoshop yang tiada, terhasillah banner di atas. Phewww, ok la kot haha. And silakan tengok page kami di dalam link yang disediakan dalam gambar.

Dan ini pula adalah group aku dalam projek diatas. Kami ambil bahagian makanan, so terhasillah Pondok Makan Seri Kampung. Tak payah cerita pasal penantnya sebab tak terkata namun alhamdullilah sepanjang karnival pelanggan memang sentiasa kunjung tiba. Sangat berbaloi! Kenapa?, nanti aku cerita.

My artwork untuk Rektor UiTM semasa majlis perasmian. Bangga sikit hehe.

Dan siap buat 2000 booklets untuk diedarkan di satu UiTM. Penat buat calculations untuk kami kena bayar sebab UiTM tak mampu nak sponsor.

Nak jimat duit punya pasal, siap kena lakar poster baru yang menggunakan tema hitam putih sebab nak jimat kos =.=

Dalam kesibukan kerja itu, tetap meneruskan part time kerja, maka lagi hectic la jadinya. Haha. Kat atas ini gambar menjadi facilatator untuk International Student yang belajar di UTM yang join venture dengan student MRSM untuk English in Camp. Very nice memories with them.

Siap jumpa berkali kali ketua Library untuk pamerkan Poster di semua dekstop dalam library, alhamdullilah berhasil.

 Hasilnya, karnival kami memang sangat berjaya. In total, kami berjaya menghasilkan RM55K+. Dan untuk booth kami pula, berjaya collect RM5100+. Tolak modal kami RM2K, kami untuk RM3K. Kaya sekejap rasa selepas itu. Kejap je malangnya =.='

 Nak cerita semuanya memang tidak pernah akan habis. Namun yang pasti perjuangan ini tidak akan style tanpa mereka iaitu my classmates. DBS'D LEGENCY ;D

Dan of course lah juga my roomates, blockmates, levelmates, housemates semua hahaha.
Nak cerita dan kongsi gambar itu banyak, cuma aku yang tak larat nak membuatnya.
Apapun,
UiTM di Hatiku ;D

Eh bukan, mungkin ini lebih tepat:

Mereka di hatiku ;)


8 comments:

  1. Karnivl eye tu best, sy dpt gak booklet tu, comel je xoxo

    ReplyDelete
  2. Aku bndi judo..xde gambar aku..aku akan unfollow blog kau! haha :D

    ReplyDelete
  3. Anonymous - walaupun tak kenal aku rindu kau juga hahaha
    Junior - Seriously? Hahaha thanks weyyy!
    Sha - Itu diaaa teammates gua untuk Pondok Makan Sri Kampung ;D
    Haziq - HAHAHA nanti nanti ok haziq, kalau nak letak gambar semua batchmate satu blog x cukp weyyy hahaha.. ;P lagipun ko kan sifu aku ;p

    ReplyDelete
  4. aku salah seorg staff pondok makan seri kampung!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...