Setapak ke Hadapan

Ceritanya begini. Oleh kerana dah lebih 6 bulan aku tidak aktif di Maybank2U. Jadi akaun Maybank2U aku telah deactivatekan oleh Maybank untuk tujuan keselamatan. At the same time, akupun actually dah lupa password akaun aku tu.

So, aku make decision untuk call customer service mereka untuk tolong aktifkan balik akaun aku. Lepas dah aktif aku diberitahu untuk ke Maybank semula untuk daftar nombor telefon aku untuk tujuan TAC.

Oleh kerana ambil masa dekat sehari dah settlekan masalah aku tu, sampai tension kepala otak, so aku make decision untuk gunakan duit aku dalam akaun sikit untuk buat transaksi online.

Hasilnya, selepas google tengok nak beli baju online dan tak terjumpa pun design yang smart, aku end up dengan beli domain di Exabytes. Frankly speaking, I have no idea why. Sebab aku tidak rasa akan aktif berblog cuma lebih kepada untuk buat transaksi Maybank. Itu aje. Haha.

So dengan terbelinya domain ini harapan aku semoga blog ini akan bersinar dengan gahnya. Walaupun aku pun sendiri tiada idea nak post tentang apa. Kah kah kah ok tidak lawak.

Oh btw lepas beli domain ini, aku dapati sebenarnya agak sedikit tricky untuk install custom domain ini, sebab nak dekat 2 hari cuba nak pasang tak berhasil, habis semua aku dah google. Akhirnya, aku end up dengan email customer service diorang untuk setup untuk aku. Terus menjadi. Haha. Thumbs up untuk mereka.

Until then, a warm welcome to www.matboyot.com.

Setapak ke hadapan ;D

Ps: Model dalam gambar di atas adalah my lil bro cousin hehe

1 comment:

  1. So, maksudnya akaun kita masih ok lh? Just akaun maybank2u yg x aktif?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...