Sharing is Caring : Bagaimana Cara Mendaftar Maybank2U

Sebenarnya aku takdelah macam nak update blog sangat tentang perkara ini sebab kalau aku google, memang banyak betul blog post yang dah pun menceritakan bagaimana. Contohnya, siap ada abang bro yang buat pdf file macam ini. Unfortunately, most of the tutorials dah out of date. Its ok baby, let mat boyot teach you how.

Makanya, sekarang ni aku nak update jugak sebab maybank sebenarnya dah tukar polisi mereka tentang pendaftaran nombor telefon bagi tujuan TAC. Rasanya aku nak share perkara ini sebab based apa yang aku google banyak maki hamun terkam ke Maybank sebab mereka gagal untuk daftar via mesin atm. Luckily aku make effort untuk call Maybank dan mereka pun dah menjelaskan bagaimana untuk daftar.

(Nak menyimpang kejap) Pada pendapat aku, adalah agak penting untuk setiap orang pada zaman sekarang ini untuk ada at least satu akaun online banking untuk memudahkan urusan proses jual beli di atas talian. Adalah macam tak umph apabila kau tengok pelbagai kedai online and kau pun macam nak beli tapi tak boleh sebab takde online banking. Haihh. Ok jom aku ajar bagaimana nak dapatkan diri kau akaun maybank2U.


First step #1 - Buat akaun Maybank dahulu

Nak buat akaun maybank ini, mudah je sebenarnya. Apa yang diperlukan adalah hanya IC yang smartcip nya masih berfungsi dan duitlah sudah tentunya.  Untuk pelajar RM50 dah boleh buat akaun dan untuk yang dah bekerja tak silap aku RM200 (sila check di laman maybank untuk pengesahan, atau bawa sahaja wang lebih sebab lepas dah buat akaun, boleh keluarkan balik je duit itu via mesin atm).

Nak buat akaun pun mudah, kalau korang tak pasti pergi cawangan mereka dan straight tanya pada pekerja di bahagian pertanyaan macam mana nak buat. And jangan lupa untuk tick ambil sekali visa debit atm card. Nanti dia akan automatically tolak RM12 (kalau tak silap) dari wang dalam akaun kau. Tadaaaaaaa! (nada: penuh semangat) Kau kini sudah ada akaun maybank beserta khidmat atm dan debit kad. Tu baru first step tu. Haha. Ok next step!


Second step #2 - Register nombor pin untuk online banking di mesin atm

Yang step ini pun mudah, pilih sahaja maybank2u dan daftarkan nombor 6 digit untuk kegunaan itu nanti. Make sure kena ingat nombor sebab dia tidak akan print pin tersebut bagi tujuan keselamatan akaun anda. Untuk step yang dua ini, aku cadangkan kalau kau tak clear, boleh terus google sebab ada banyak ilustrasi bergambar tentang cara nak daftar pin tersebut. And senang je pun sebenarnya.

Take note, aku rasa kau boleh buat step ini hanya di mesin atm di akaun branch maybank dan bukanlah atm di petrol kiosk atau sebagainya. Sebab aku pernah cuba buat dan straight dekat atm tu sendiri suruh aku buat dekat branch maybank sahaja terus.


Third step #3 - Daftar Maybank2U di website

Yang ini pun banyak juga di terdapat caranya di google. Korang just terus pergi ke first time login. Untuk access number, adalah nombor 16 digit yang tertera di atas kad atm anda (BUKAN NOMBOR AKAUN BANK) dan untuk pin, adalah 6 digit nombor yang kau dah daftar masa second step tadi.

Lepas tu follow instruction mereka untuk daftar, senang je pun. Just nak nasihatkan, nanti at the end nak daftar tu dia akan appear balik 3 security questions masa kau proses pendaftaran tadi, so aku cadangkan kau amek screenshot jadi kau mungkin akan dapat gunakannya semula pada masa akan datang - kalau in case ko terlupa password dan sebagainya. Paling penting, jangan lupa username dan password akaun kau! Pastikan login at least sekali untuk tiga bulan kerana kalau tidak akaun kau akan pergi ke status inactive thus tak boleh lah nak buat transaksi/sign ini selepas itu.

 Contoh screenshot security questions aku


Last step #4 - Daftar nombor telefon untuk TAC

Dulu step ini sebenarnya kau boleh buat sekaligus masa step nombor dua, tapi untuk tujuan keselamatan, sekarang tidak lagi. Yang ini caranya juga agak mudah, kau pergi sahaja mana mana maybank dan terus je pergi kaunter kata nak daftar nombor telefon untuk TAC bagi kegunaan maybank2U. Nanti dia akan bagi borang nak isi, ko isi dan tunggu turn untuk ke kaunter dan terus daftar.

Tujuan dia buat adalah sebab dia nak scan cap jari kau so that bukanlah orang lain yang guna maybank2U itu. So make sure bawak IC untuk kali ini. And proses nak buat ini pun sebenarnya sekejap sahaja, aku buat haritu 10 minit je pun.

Oh dan bagi yang tak tau apa itu TAC dan fungsinya boleh baca tentang itu disini (aku dah tolong google untuk korang hehe).

Selepas dah daftar TAC dekat kaunter tuh, lepas ini, andai katalah kau tukar nombor telefon atau sebagainya, kau dah boleh straight tukar nombor telefon bagi tujuan TAC itu di mesin atm terus. Step ini adalah untuk first time user je.

Contoh TAC aku 
(Screenshot diambil pada transaksi pertama aku di internet. Boleh tau aku buat apa dengan duit itu disini)



SEKIAN TAHNIAH KAU DAHDE AKAUN MAYBANK2U FULL COMPLETE SET. APA LAGI JOM BELANJA AKU BAJU SEHELAI. HAHAHA.

Dengan itu, entri aku tamat disini.


12 comments:

  1. kenape nak acces no atm n no pin xley??ley tolong??

    ReplyDelete
  2. kenape nak acces no atm n no pin xley??ley tolong??

    ReplyDelete
  3. kenapa request tac no x dpt2? pdahal dlm sebulan berkali2 login dn paling kurang dlm sbln pasti ada transaksi online. jd geram la psl mls nk g branch. skrg ni memang nk kene update no phone tiap2 bln ke? klu sudi nk jwb email saya.
    mimifauzizi@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Penerangan yg clear...nice one

    ReplyDelete
  5. Kalau pelajar tingkatan 3 mcm sye ni dh boleh buat akaun bank tak ?

    ReplyDelete
  6. kalau pelajar sekolah menengah mcm sy ni kena cas brp erk klau nk buat akaun maybank ?

    ReplyDelete
  7. kalau pelajar sekolah menengah mcm sy ni kena cas brp erk klau nk buat akaun maybank ?

    ReplyDelete
  8. Username tuh kita kena letak ape? No acc or terpulang?

    ReplyDelete
  9. Username tuh kita kena letak ape? No acc or terpulang?

    ReplyDelete
  10. Username tuh kita kena letak ape? No acc or terpulang?

    ReplyDelete
  11. saya pun xdpat reuest tag .. dr awal buat maybank2 u sampai sekarang ? herm .. saya kena pergi bank balik ker isi borang untuk reuest tag ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...