Pagi tadi, bila aku bosan aku ada terbaca satu status di facebook mengatakan pabila dia tamat belajar kelak (dia masih pelajar sekolah) dia tidak mau study di UiTM kerana universiti ini adalah untuk pelajar-pelajar loser yang gagal dalam SPM. Apabila baca entri itu sudah tentu hati ini panas membara, suka hati kau kata UiTM aku ni loser. Ni boleh bikin gaduh.
Namun begitu, aku mengambil keputusan tidak reply status itu sebab aku pernah dinasihatkan seorang lecturer aku bahawa tak usah kau berdebat dengan orang bodoh sebab kau tidak akan menang sebab kekurangan landasan ilmu yang mereka anda. Thus, aku proceed untuk google tentang kebenaran betulkan UiTM itu untuk student loser?
Malangnya, aku end up terkekek gelak berminit sebab hasil carian keyword 'UiTM Loser' kebanyakkannya memaparkan tentang program the biggest loser yang dianjurkan oleh UiTM Lendu. Apa haram jadahnya kena mengena itu semua dengan niat sebenar aku. Haha, tidak boleh blah sungguh.
Kat atas ini bukti hasil carian aku yang sungguh tak boleh blah. Thanks uncle Google for making my day =.='
Akhirnya, selepas itu, aku buat keputusan untuk menulis entri ini sebagai tanda nak reply balik kata dia yang kutuk aku punya universiti. Entri ini merupakan coretan apa yang aku alami dan aku tak rasa dia dapat rasainya kalau belajar di diluar. Jadi tolonglah baca haha. Please don't take this seriously yaaaa. Kang kalau serius sangat kang kau touching pulak. So take this man.
-Apa yang Aku Belajar di UiTM-
Kat UiTM aku belajar untuk beli cake pandan RM20 just untuk siapkan assignment video mandarin menyanyi lagu zhu ni shengri kuaile. Bertapa pilu hati ini pabila melihat duit aku terbang just like that.
Aku juga belajar untuk lari dari membuat skeptikal brochure lipat 3 yang selalu mostly pelajar buat. Aku kena pergi library dan search buku tentang seni brochure yang satu dunia untuk menghasilkan eye catchy. Padahal aku amik business bukan Art and Design namun demi markah ku laksanakan juga. We've grown up man.
Tak terkecuali juga belajar membuat resume sampai pukul 1 pagi dan kerana tiada gambar untuk diletakkan dalam resume tersebut, aku dan roomate membuat keputusan turun bilik belajar ambil gambar formal sambil berseluar pendek (sebab crop gambar dada ke atas sahaja). Bertapa creative & critical thinkingnya kami. Btw gambar muka terpaksa ditutup sebab terlalu huduh muka tak cukup tidur.
Kami juga ditugaskan untuk belajar buat website menggunakan MICROSOFT FRONTPAGE. Kau boleh bayangkan tak bertapa susahnya nak coding sebab banyak gila software website design lebih maju boleh guna, dan kami kena guna frontpage, frontpage 2003 pulak tu. Mencabar sampai nak hempas laptop kau tau?
Pada majlis anugerah kecermelangan pula, kami didedahkan tentang penggunaan bahasa inggeris sepenuhnya. Sebagai contoh makanan yang dihidangkan ditulis sebagai 'country fried rice with silver anchovies'. Nama yang sungguh kelas padahal Nasi Goreng Kampung je sebenarnya T.T
Untuk subjek Law, kami seperti ditugaskan untuk join syer Syarikat Permainan Malaysia. Hal ini kerana kami kena create satu mainan untuk meningkatkan pemahaman dan memori tentang ilmu yang dibelajar. Akhirnya jadilah Roda Undang-Undang yang dimainkan seperti roda impian. Hasilnya memang style. Menjadi beb. Boleh hafal setiap section dan case dalam Law of Hire Purchase dan Law of Contract kah kah kah.
Untuk subjek marketing, kami jadikan beliau model utama yang begitu high konfiden semasa mempromote sesebuah produk.
Di UiTM jugak aku belajar menahan hancurnya hati ini apabila usainya diri dari kelas dengan penuh ilmu didada dan setibanya di kereta dan mendapat nota ini di wiper bersama roda yang digari. Selamat tinggal RM30, hai nasi bujang.
Tak lupa juga belajar bergambar girang selepas lawatan untuk diletakkan dalam buku laporan kerja kursus sedangkan masa itu penat bosan sebenarnya.
Juga belajar bagaimana untuk menyewa kereta untuk ke bandar pada awal sem sebab tiada kenderaan dan terdapat assignment untuk disiapkan. *Padahal nak tengok wayang sebenarnya kah kah kah.
Terpaksa study satu subjek tanpa buku teks. Pensyarah hanya share link then pandai pandai ko student nak hidup, suprisingly aku berjaya hidup haha.
Untuk kertas kerja The Unethical Methods of Selling & Advertising, terpaksa tawaf satu Tesco Cheng and aku jumpa ini. Sapa yang buat tanda harga ini baik ko pecat Tesco. Macam haram. And funny for sure, bet ko jarang jumpa perkara seperti ini kan?
Juga belajar hidup berdikari di rumah sewa. Baru kenal erti duit sebab walaupun bayar RM15 untuk potong rumput dah terasa semputnya.
Di sebuah bilik Pensyarah Research aku. Berdedikasi sungguh.
Apabila nak melonjak 10 meter apabila pergi ke kedai makanan dan mendapat news harga lauk ayam sudah murah. Ayam botox maaaaa.
Kami juga belajar menjadi buruh UiTM untuk menggantung banner event yang ingin dijalankan.
Melalui subjek Research, aku juga belajar mengenal term Acquiescence Bias yang aku agak confirm semua pelajar UiTM melakukannya expecially tang isi form i-learn. No SuFo no resut man, so apa lagi tick yes semuaaaa. Baik cikgu.
Apabila buat part time job dan sekali tiba-tiba dapat handle senior FPP di Puncak Alam yang dulunya mendera kami semasa orientasi kena buat drama masa Anual Grand Meeting. Revengeeee. Hahaha. Mereka sporting!
Tak lupa juga belajar buat Mnemonic untuk meningkatkan memori.
Dan kami juga belajar menggunakan Voucher RM200 oleh kerajaan Barisan Nasional. Budak kampus, jadi mestilah beli buku lawak kampus. Eh ni Universiti lain pun ada so abaikan point ini.
Kami sewa khemah berharga RM 10 ribu ini tanpa satu sen pun daripada pihak atasan. Bravoooo. Proud! Universiti lain confirm manjakan pelajar sampai dapat dana punya. Kami belajar berdiri atas kaki sendiri ;)
Without doing past sem questions and having own notes, final will be extremely difficult.
Apabila satu line daripada beratus helai buku teks mengandungi 10 markah untuk final examtions. Kalau terlepas pandang memang terbang la markah tu.
International Business - What is gray market?
Explanations guna pemahaman sendiri. Gila betul grrrrr.
Sebagai seorang lelaki terpaksa belajar memasak smoked barbeque sausages untuk presentation The Business Culture of Germany untuk subjek International Business. Nasib baik habis licin. Sedap letuuu. Hahaha.
Apabila dah habis sem, mengaplikasi teknik urus niaga dengan menjual buku teks pada junior.
Untuk shooting Mandarin di Air Terjun Sagil, aku mengigil tahap gaban sebab asyik kene cut atas alasan lakonan kaku. Dah la shooting dalam air. Demi markah ku gagahkan jua.
Dan paling tak menahan, apabila tamat test dan kuiz, untuk release tension kononnya mau karaoke dan menonton wayang, end up dengan membunuh seekor ikan dinasaur yang mengganggu perjalanan kami ke sana. Ok ini tampak benau menipunya. Hahaha beriadah di Hutan Rekreasi Ayer Keroh!
*Apa laknat ayat macam budak tadika*
*Apa laknat ayat macam budak tadika*
Pabila aku dah habis tulis entri ini, bila aku tengok balik apa aku tulis macam hawau je dah melencong benar dari soalan utama. Dah ah malas ah nak edit balik entri ni. Aku memang tak pandai buat serious persuading.
Tapi serious, UiTM memang sebuah universiti yang excellent. Kau takkan merasakannya unless kau belajar di sini. Bak kata orang, jangan tengok dari siapa kau belajar ilmu itu, namun tengok apa ilmu yang kau belajar itu.
Samalah jugaknya macam seorang tentera menasihatkan anak buah beliau minum air lapan gelas sehari, beliau bukanlah doktor namun apa yang dinasihatkan itu benar sekali. Aku harap kau faham maksud aku.
Till then, jumpa lagi pada entri akan datang. Jangan lupa likes entri ini dibawah!