Modul Integrasi: Kem Diploma Pentadbiran Awam (DPA) dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Amaran: Jangan baca entri ini kalau anda bukan penggemar aktiviti lasak. Entri ini juga adalah sangat panjang. Just beware hehe.

Ok untuk update kali ini, aku macam teringin hendak bercerita tentang kerjaya aku sebagai fasilitator di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Itupun kalau anda tengok lah profile page aku. Kalau tak better ko cekitdout dude.

Baiklah, pada 11-14 Jun yang lepas, aku kena handle group Kem Diploma Pentadbiran Awam dari Institut Pentadbiran Awam Malaysia. Diploma DPA daripada Intan ini bukanlah Diploma yang pangkat rendah yang semua budak lepas SPM ambil, bukan. Instead, Diploma ini adalah diambil oleh golongan berpangkat tinggi dalam stuktur kerjaya yang bekerja under kerajaan.

Diploma DPA dari Intan ini adalah hanya short course 6 bulan. Yang ambil ini pula aku tengok memang bukan calang-calang orang, paling tidak mesti ada title timbalan pengarah bahagian xxx. Dan semuanya pula diambil di seantaro Malaysia (semenanjung) dalam pelbagai bidang seperti Kewangan, Pendidikan, Perubatan, Ekonomi, dan sebagainya. 

Menurut kefahaman & soal selidik aku pada mereka, diploma ini mereka ambil sebab nak dinaikkan pangkat dan untuk memastikan pencen yang diaorang akan dapat apabila bersara kelak. Kiranya, without this Diploma jangan harap kau nak pegang title ketua pengarah ke apa, no bro no, takde diploma ni kau duduk je la kerja bawah bawah orang. Punya susah nak naik pangkat bila bekerja under kerajaan.

Mengenai diaorang ini pulak, background studies pun boleh tahan hebat, paling low pun mesti diaorang ada pegang degree, mostly pegang master. So memang aku salute habislah. Nak dijadikan cerita sebelum start kem sempat aku teliti nama diaorang yang under bahagian pendidikan dan kewangan sebab nanti ingat senang la nak apply scholarship lepas baik baik dengan diaorang. Haha. Tapi end up terlupa! cissss melepassss.

Untuk Diploma ini, ada banyak modul diaorang kene ambil selain dari kelas kat Intan tuh, ada Bomba, Polis, Insaniah dan sebagainya. Untuk modul kat Kem Lambaian Danau ni, namanya modul Intergrasi. Iaitu kami semua pihak kem kena prepare aktiviti yang bakal torture mereka mentally dan physically.

And memang serius aku tak tipu, dah bertahun kerja kem, inilah kem paling penat dalam sejarah. Modul dia adalah sumpah seksaaaaaaaa. Sampai naik kesian nak tengok mereka namun sebab tau mereka bakal jadi pemimpin, kene paksa mereka lalui ini jugak sebab nak jadi leader, kene rasa penat lelah manusia di bawah! Itu adalah antara kata-kata coach pengiring diaorang kat aku. Paling best, peserta ini semuanya adalah yang dah berusia, dalam lingkungan 30 - 50 tahun. Paling muda pun 27 tahun tidak silap. So nak tak nak, walaupun mereka dah sampai status atuk/nenek, still kene juga ada Diploma ni takde kang tak naik pangkat kang haha.

Aku rasa nak cerita banyak pun tidak boleh so aku rasa mungkin gambar dapat menceritakan sebenarnya apa yang mereka alami dalam masa 4 hari di Kem Lambaian Danau ini! Ayuhh.

Persiapan 
Untuk persiapan, jujur cakap memang kami lupa ambil gambar walaupun macam-macam buat untuk group ini. Puluhan ayam kami basuh, ratusan bawang di kupas, cari dan susun buluh untuk rakit, ikat tali dalam hutan untuk aktiviti night walk, tabur belerang untuk acara solo drop malam, panjat pokok tampal kad untuk danau race, masuk lumpur buat tambah halangan untuk obstacle run, buat checkpoint danau race, siapkan foodpack untuk expedisi gunung ledang, dan macam-macam lagi lah sampai dekat 3 hari awal jugaklah buat preparation untuk bagi terbaik untuk group ini.

Untuk Persiapan dapat ambil gambar fasilitator je beberapa minit sebelum kedatangan group Intan ni.

Polo dan Cebean - Antara fasi yang boleh bikin pecah perut kat kem selepas Abang Toyak

Semua fasi sedang get ready menunggu kedatangan Intan

Abang Chicha sebagai Ketua Fasilator bahagian Gunung

Cebean dan konco konco yang bakal ambil alih bahagian aktiviti di Kem

Kedatangan

Mereka datang lebih dalam pukul 10 macam tu. Total bas ada 10 kalau tak silap, setiap bas mewakili setiap negeri dalam Malaysia ini. Welcome!

Semua tengah keluarkan beg.

Mereka ini actually tak tau apa yang bakal mereka hadapi. Semua main pakai jalan je. Tu yang boleh peace lagi tu. Tak tau kejap sahaja lagi bakal diseksa. Hehehe.

Peaceee lagiiii

Lets do it!

Mereka diatur ikut negeri di dalam dewan dahulu sebelum dimixkan dengan peserta dari negeri lain

Selepas itu, pasang khemah!

Suai Kenal & LDK
Selepas pasang khemah dan dibahagikan kumpulan, mereka bersama coach Intan pun buat latihan dalam kumpulan dan mula berkenalan sesama sendiri

Aku agak inspire dengan kata seorang kakak dari kumpulan ini "Saya tahu saya mungkin tidak dapat melakukan aktiviti fizikal yang akan datang ini tapi saya yakin dengan adanya pendirian tetap saya boleh lakukannya dan saya harap kamu semua pun berfikiran sama dengan saya. Kalau saya fikir saya boleh, InsyaAllah saya boleh!"

Telefon bimbit semuanya dirampas

Ketahanan Fizikal & Mental
Lepas tu direct mereka kena seksaaaaaa. Push up, sit up, lombat bintang semua kene buat. Bayangkan akak akak yang tak pernah bersukan terus kene macam ni. Haruuuuu.

"Anda semua suka DPA takkkk" tanya coach Intan
"Sukaaaaaaaa" kata mereka sambil muka berkerut seribu

Sit up


Push Up


Pagi esoknya, kene exercise tangan untuk elakkan kekejangan tangan time rakit.

Sambil itu, buat juga Zapin Ayam "Tepi tepi tepi, tepi depan belakang tepi depan tepi belakang tepi depan belakang.. ulang lagiiii"
Semputtttt. Belum start aktiviti dah kene macam ini, haha.

Bina Rakit
Habis senaman dan makan pagi, kita bina rakittt.

Tarik tali tu kuat sikit bang takde kang karam masuk tasik hehe

Water Confidence
Sebelum start rakit kami ajar mereka water confidence dulu. Nak naikkan konfiden mereka andai kata terjatuh rakit nanti, mereka tidak cemas dan boleh kekal terapung.

Kalau life jacket takde wisel, lambai tangan dan jerit "help3x!"

Pergi tengah rakit dan buat bulatan sekarang!

Baiklah brooo

Ditengah tasik, perempuan kena satu bulatan, lelaki satu bulatan, kocak air sambil nyanyi lagu negaraku! Smarttt.

Lake Exploration
Sebelum start rakit race, kita buat lake exploration kasi diaorang stabilkan diri dalam rakit dulu. Kita pergi jelajah hutan atas air, hutan periuk kera, dan juga ladang getah!

Ewahhhh *otw perjalanan

Hujung tasik semua kena turun angkat rakit masuk hutan atas air. Awas banyak binatang berbahaya ular biawak semua berlambak hehe.

Boleh nampak tak pokok periuk kera dekat kanan tu?

Yang lain tunggu giliran turun rakit satu per satu

Jom masukkk!

Pastu dah habis redah hutan atas air, angkat rakit bawak naik atas

Kerjasama itu penting

Kami berjayaaaaa
*tak tau lagi lepas ni kamu bakal lagi penat brader, haha*

Kita sudah sampai ke kawasan kolam air jernih! Angkat rakit masuk hutan sambil enjoy the view



Lalu dalam danau. Banyak pokok semalu karan, sakit kalau terpijak

Dah habis redah hutan sampailah ke alur sungai yang membawa ke tasik semula. Semua letak rakit dah bersedia untuk memulakan rakit race!

Semua tengah bersedia

Dah naik atas rakit, pergi tengah rakit untuk memulakan rakit race

JOM!

Rakit Race
Once dah sampai bendera merah semua bersedia nak berkayuh. Wisel ditiup dan jom kita racing!

Semua semangat

Tengok expresi muka brader ini, semangatt.


Yang rakit dah tenggelam sikit sikit tu agak agak nak kalah, mereka posing lah keje. Gambar lagi penting kata mereka hahaha. Tension je abang-abang kat belakang tengok ahli kumpulan macam ini. Sabar je la broo.


Semua bersemangat

Done!

Danau Race
Petang semua kene lari berkilometer untuk aktiviti Danau Race. Lebih kurang macam explorace lah tapi bezanya kena lari bukan naik kereta.

Jommm.

First checkpoint dah dapat muffin satu kotak kene masuk kampung dan jual untuk dapatkan RM3O. Kalau tidak tak boleh jual maka tidak dapat teruskan ke checkpoint seterusnya.

Antara checkpoint yang lain adalah masuk Tanah Perkuburan Chinchin dan cari 5 nama yang meninggal pada tahun 2004 sambil sedekahkan al-Fatihah. Semua teliti membaca batu nisan.

Checkpoint lain, anyam ketupat. "menyesal tak tolong makk"

Apabila abang abang yang mengajar para gadis anyam ketupat

Juga ada meredah paya yang penuh dengan lintah!

Menunggu gilaran nak redah paya! Indahnya view

Next masuk hutan kayu gelam

Kena buat rangkaian manusia untuk baca keyword yang tertera atas kad di atas pokok. Mereka kena panjat sesama sendiri. Para gadis terekek kekek gelak tengok brader panjat pokok.

Masuk lumpur itu wajib! Tangan atas kepala dah tidak boleh mengeluarkan sebarang suara.

Yang kaki kejang, yang lain tolong papah sama. Semangat satu kumpulan!

Done! Tu dia 3 gadis yang tak mampu habiskan race, balik naik kereta ke kem.


Night Walk & Solo Drop
Malamnya kena night walk jalan dalam hutan ikut tali sepanjang 1.5 kilometer sorang sorang sampai tapak lombong bijih timah untuk acara  solo drop. Aktiviti sampai pukul 5 pagi. Akak akak semua dah seram sejuk je. Kita layannn

Dan tidak dapat banyak gambar untuk ini, gelap!

Ekpedisi Gunung Ledang
Esoknya mereka semua melakukan ekspedisi gunung ledang. Memang semput habis. And tidak dapat sampai puncak, hanya sekadar di padang batu. Itupun dah cukup tinggi dan ketinggian dia memang lagi tinggi dari Gunung Dato'. Nak dibandingkan dengan broga hill memang tak boleh lah. Jauh bezanyaaa.

 Sejuk dan nyaman!

Malam Penutup & BBQ
Malam akhirnya, diakan majlis pembukaan kem DPA untuk tahun ini. Semua seronok dapat menjayakan aktiviti. Tak lupa ramai yang tersengguk tertidur masa itu. Penat lettewww haha.

Makannnnn

Penerangan War Game & Marching
Hari last, kita buat wargame! Sebelum tu dengar taklimat cara permainan dulu

Lepas tu berdiri nyanyi lagu barisan kita

Gerak marching diajar sambil nyanyi lagi barisan jalan dan barisan telur

Kiri kanan kiri

Hadap musuh dah hyarghhhhhh buat marching sambil nyanyi lagu barisan telur

War Game
War game pun bermula! Kita perang telur dalam lumpur!

Team yang kalah kita bergambar dulu!

Haha semangat semuanya

Habis berperang semua peluk sesama mereka sambil nyanyi lagu bersama. Ada yang aku spot menangis time ini sebab tak sangka berjaya mengharungi cabaran fizikal yang boleh tahan hebatnya. Juga semangat setia kawan yang terhasil semasa mereka disini!

Kami berjayaaaa

Tangkap Ikan
Untuk acara terakhir, semua dibawak masuk tasik paras lutut. Semua dah curiga kena buat apa.

Boleh kita lihat muka blurr mereka time ini.

Rupanya kena main game tangkap ikan keli dalam masa 10 minit. Kumpulan paling banyak dapat tangkap dia menang! Semua terus semangat seluk tangan dalam air. Para gadis seperti biasa menjerit bila ikan lalu kat kaki. Memang semua gelak sakan time ni! fun!

Gua dapat sekor broooo

Masukkan dalam plastik ikan yang berjaya ditangkap

Lepas 10 minit satu per satu kumpulan naik atas untuk sesi kira bilangan ikan yang ditangkap time tu. Kumpulan yang paling banyak tangkap ikan adalah 8 ekor. Style!

Aktiviti Terakhir - Mandi Tasik
Next, semua dilepaskan dalam tasik untuk bilas badan

Kita cucii.

Lepas para wanita dah disuruh naik atas semuanya , kita bagi kaum lelaki to have better body wash dalam tasik lepas tu.

Tamat!
Tengaharinya, aktiviti pun tamat. Semua bersalam dan bersurai dari kem. Kami pihak kem sangat bertuah dapat peserta seperti mereka. Sporting! Semoga anda semua berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan. Ada silap salah, maafkan kami. Nice to meet you all! Best of luck in future!

Tak lupa juga terima kasih tak terhingga kepada 3 gadis ini a.k.a pekerja dapur yang tak berhenti memasak untuk peserta. Memang salute habis!


Thats the end for this post. Nak update banyak lagi tapi tak larat. Nak upload gambar pun larat lebih 1000 gambar! So ini diupload pakai main random je.


Sekian itu sahaja untuk post kali ini terima kasih pihak Intan atas memberikan kepercayaan kepada pihak kem untuk menguruskan modul intergrasi ini! Bunch of thanks!

ps: dekat 6 jam nak buat post ni penattttttttt lepas ni tak nak update panjang panjang lagi dahh
pps: jangan lupa likes post ini!


7 comments:

  1. waaa....kelakar mke2 yg kne lumpur.. huhuhu... cuma yg ni mcm advance skit,,, btw, bes aktiviti yg dilaksanakan... :)
    http://rinkashitakitoka.blogspot.com/2012/07/kem-lambaian-danau-jasin-melaka.html

    ReplyDelete
  2. kenangan ni..huhu...

    ReplyDelete
  3. Wahhh, kenangan 7 bulan yang lalu. Dah tamatpun kami punya kursus 6 bulan tu. Macamana kalau nak dapatkan 1000 gambar tu ye?

    ReplyDelete
  4. sangatla menge'best'kan..kenangan manis walaupun xde muke hakuu..huhu..

    ReplyDelete
  5. Thanks for the compilation bro.....tempat korang memang rockkkk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...