(Resepi Bergambar) Red Velvet Cupcakes - Dari MasterChef Junior Malaysia

Assalamualaikum. Baiklah untuk entri kali ini aku nak kongsi sikit resipi Red Velvet Cupcakes. Resipi ni actually adalah first time dicuba buat dan hasilnya adalah superb. Sebenarnya bukan aku yang buat kek ini just aku jadi photographer je haha. Kek ini actually sangat senang dibuat sebab yang buat ni pun adik adik aku semuanya. So yang buat adalah Nadzrin, Rina, Iqmal & Irfan - sebab itu aku tulis MasterChef Junior tu haha.

Untuk yang kebosanan kat rumah itu, aku suggest korang buat, serius sedap, first attempt kitaorang buat (nak nama jugak tu) dan terus menjadi. Plus lagi sedap dari kedai serius. Take note pada perkataan yang aku bold ok, itu maknanya penting tu. Selamat mencuba!

Step #1
Susun kertas-kertas cawan di atas dulang oven sebagai langkah awal mengelakkan kekecohan dan rusuhan di dapur oleh junior-junior masterchef yang berkemungkinan besar berebut nak tuang ke dalam cupcakes apabila ramuan sudah siap. Seterusnya, panaskan awal awal oven kepada 180 darjah celcius.
*Suruh mereka yang kenit kenit itu juga yang susun*

Step #2
Next, ayakkan 4 ingredients berikut sebanyak 2 kali.
270 cake flour
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder
3 tbsp cocoa powder
 Kalau rasa diri itu bakal boyot lepas makan cupcake boleh buat banyak banyak kali sebab inilah masanya untuk buang lemak di tangan. HAHAHAHA. Ok tak lawak. 
 Apakah ini semua mengapakah perkataan seks di sebelah kiri atas itu yang mesti timbul. Ini semua agenda politik anwar. *Tiba-tiba

 Untuk proses ini kita kasi yang umur remaja sikit handle takde kang mampus satu rumah yang dewasa yang kene kemas

 Apakah ini semua kenapa selepas ayak pula surat kabar kini dipenuhi dengan berita kematian? Innalillah


Step #3
Dimulakan dengan gula castor campur telur, kemudian masukkan bahan berikutnya satu persatu. Tak payah tunggu sampai jadi kembang ke apa, once rasa dah sebati, masukkan bahan berikutnya. Berikut merupakan bahannya:
3 eggs
320 gm castor sugar
250 ml milk
250 ml sunflower oi
1 tsp white vinegar
1 tsp vanilla essence






Agak-agak semua dah masuk, biarkan dia mix sebati dalam 1-2 minit lagi. Jangan lebih lebih kang tak jadi kek kang ko salahkan nak saman aku pulak. Aku saman UiTM pun semput nak bayar inikan saman hangpa.



 Step #4 
 Agak agak ramuan dah sebati, kita merahkan dia ayuh. Masukkan satu sudu besar pewarna merah. Adjust sikit warna dia.

Tukang interframe: Hai nama saya Irfan, 4 tahun, saya jadi tukang adjust speed.


Step #5 
Bila warna dah sebati, slowly pastu masukkan adunan tepung yang kau dah ayak pada step #2 tadi. Dah rata, hentikan, dan kacau rata lagi menggunkan tangan.




Step #6  
Tuangkan adunan ke dalam cupcakes dan masuk & masakkan di dalam oven yang dipanaskan sebentar tadi selama 25minit. Isi 2/3 je cupcakes tersebut jangan penuh-penuh.


 Tips: Kalau nak tau dah masak ke belum, cucuk lidi kat dalam cupcakes dan tarik balik. Kalau lidi tu masih bersih means dah masak la tu. Kalau melekat dengan ramuan, masuk balik dalam oven.

 Sudah masak! "Saya berjaya" kata chef Irfan

Step #7
Red Velvet kalau yang terkeluar ke atas tu, cantas dia dan letak dalam dulang dan hancurkan untuk dijadikan Red Velvet Crumbs yang akan digunakan untuk hiasan.
 "Omg jambul aku dicantas" kata cupcakes tersebut

Hancurkan


Step #8
Jom buat topping cheese pulak. Yang ini senang je, mixkan guna mixer ingredients kat bawah ini semua serentak sampai rata dan fluffy. Adjust sikit rasa tang gula tu, kalau tak cukup manis boleh tambah.
200 gm cream cheese , softened
200 gm butter, softened
120 gm icing sugar
tsp vanilla essence


Step #9
Masa untuk design! Make sure cupcakes dah sejuk baru buat kalau tidak nanti cheese akan cair. Design la suka hari korang macam mana pun menggunakan cream cheese dengan RV Crumbs yang korang dah buat tadi.
 Kalau guna piping bag lagi senang kot rasanya

Macam-macam bentuk semua pakai tibai je 

Untuk final touch, tabur sikit RV crumbs


Step #10
Dah siap! Boleh masukkan dalam peti ais dan makan esok pagi. 
 Kalau RV Crumbs dengan Cheese Cream ada lebih, boleh la buat RV in a cup.

Hasilnya


Sekian sahaja untuk entri. Bila tengok balik mak ai panjangnya entri sampai lenguh tangan aku menaip dan mengupload gambar. Selamat mencuba!

Oh, jangan lupas likes entri ini untuk share pada kawan-kawan facebook ok! ;D

8 comments:

  1. okaay nampak cm senang je . boleh try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa memang senang pun, try jangan tak try ;p

      Delete
  2. wah terror anak2 ni sume buat kek red velvet yang tak terbuat dek mokcik lagi ni ha.. tercabar lak rasanya .. hehehe
    insya allah mokcik nk try membuat nya... salam perkenalan yer nak..

    ReplyDelete
  3. wahhh lelaki memasak!! hebatnya. red velvet cupcake pulak tu. *nangis*

    ReplyDelete
  4. Sukatan tu boleh dapat berapa cawan cupcake eh ?

    ReplyDelete
  5. Try this : http://stayreward.com/index.php?share=16339

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...