Tempat-Tempat Makan Anda Harus Singgah Jika Anda Pelajar UiTM Lendu, Alor Gajah Melaka

Tolong jangan tanya kenapa aku update status ni. Aku lapar dan inilah hasilnya. HAHAHA. Duduk di Melaka tak best la kan kalau mulut sumbat makanan franchais je. Kalau setakat McD, KFC, Us Pizza, Nandos, Kenny Rogers, Burger King tu semua mana-mana pun ada. So anda sebagai student, dan saya sebagai ex-student UiTM Lendu nak share sikit tempat makan yang harus anda try di negeri Melaka ni. Jyeahhh.

Oh ya, sambil makan, sambil itu juga buka mata tengok bagaimana dunia luar ini sekali ok. Jalan jalan kat Melaka, tak usah risau kalau sesat sebab kalau kau sesat seteruk mana sekalipun sekejap je akan jumpa jalan utama balik. Melaka ini kalau sesat memang pelik habislah. Hahaha. Serius wey dulu akupun tak percaya sekali memang terbukti itu benar sekali.

Ok dah jom ayuh jangan buang masa kita teruskan pada point utama entri ini!

Warung Nek Munah / Nasi Lemak Sungai Petai
Lokasi Warung Nek Munah ini terletak di jalan besar berdekatan Sungai Petai (menuju ke Tesco Cheng). Kedai ini adalah sangat popular di kalangan pelajar dan tolong jangan kata anda student UiTM kalau tak pernah makan sini. Dengan harga yang murah, dengan rasa yang sedap adalah sangat berbaloi untuk memenuhi selera sarapan anda semua. Makanan paling famous disini tentulah nasi lemak telurdia yang penuh santan (apasal macam pelik je description aku?) . Hanya RM2. And tidak lupa juga roti tampal, soto, meehun sup dan juga makanan goreng-goreng.

Burger Pak Long
Selalunya burger di tepi jalan rasanya lebih kurang sama namun tidak bagi burger Pak Long. Burger dia adalah sangat juicy dan tebal. Plus Pak Long adalah sangat ramah dengan customernya. Burger Pak Long ini terletak di simpang tiga antara Masjid Tanah dan Lendu. Favourite aku semestinya Double Daging Special with Cheese.

Kedai Air Buah Gelas Besar D'Puteh


Kedai ini terletak di Bukit Beruang berdekatan dengan MMU, Ayer Keroh. Gambar pertama sekali tu membezakan bertapa besarnya gelas tersebut. Nescafe saiz biasa, air buah gelas saiz biasa, dan air buah gelas besar. Memang sangat sangat sangat puas hati expecially kalau sakit perut dan nak minum air buah nak clearkan usus haha. Selalunya aku order tembikai/orange hanya RM4 untuk gelas besar tersebut. Sangat puas hati. Plus kedai ini juga ada makanan goreng goreng dan lain-lain seperti Otak-Otak, Nasi Briyani, Keropok Ikan, Burger dan sebagainya.

Restoran D'Bukit
Kedai ini terletak di atas bukit di tepi jalan menuju ke Pengkalan (Dari UiTM, belok kiri, straight, jumpa simpang empat, straight). Kedai ini khas untuk minum petang sebab banyak kuih yang sedap sedap dan tentunya pencuci mereka yang popular di kalangan pelajar, Ais Jagung.

Restoran Ombak Rindu
Restoran ini baru di buka dan sudahpun mendapat hati di kalangan pelajar. Terletak di tepi jalan dalam perjalanan ke Alor Gajah dari UiTM. Tentunya air minuman yang bakal menjadikan mulut haru biru selepas meminumnya merupakan tarikan utama kedai ini.

Ayam Penyet MITC
Walaupun banyak kedai Ayam Penyet kat Melaka ni yang ini tetap yang terbaik. Tak tau macam mana nak kata kau kene test dulu baru tau rasa dia macam mana. Superb bro, superbbb.

Seoul Garden, Mahkota Parade
Ok ini pulak makanan buffet untuk kau kau yang sedang kelaparan tahap buaya. Dengan adanya kad pelajar, makanan buffet ini adalah termurah yang kau boleh dapat expecially kalau makan waktu tengah hari (RM25.20 termasuk tax and services charge). Pelbagai jenis ayam, daging, seafood dan aneka makanan untuk kau grill atau steamboat untuk kau ngap. Bayar dan kau boleh berkampung kat sana satu hari pun boleh. Selalunya ramai student lepak sini kalau time puasa.

Coconut Shake Klebang
Lepas penat main layang-layang kat pantai Kelebang, jangan lupa untuk singgah sini. Memang pemusnah dahaga terbaik. Rasa dia sangat fresh dan kedai kat sini memang selalu penuh dan kau memang besar kemungkinan kena beratur untuk rasa air dia yang superb ini. Jangan lupa rasa nasi lemak light sizes dia. Sedap jugak!

Pak Putra
Kedai ini terletak di Kota Laksamana, Melaka Tengah. Dia dekat area belakang Mahkota Parade. Memang sangat sangat sedap and tempat ini memang banyak makhluk Allah kerumun termasuklah Mat Salleh. Makanan yang aku recommend tentulah Double Cheese Naan & Butter Chicken. Awesome habis. And jangan lupa rasa Mango Lassi dia. Style habisss. 

Cendol Masjid Tanah
Kedai ini pulak terletak dekat sebelah KFC Masjid Tanah. Servis dia sangat cepat, dan rasa dia sedap plus harga dia sangat berbaloi. Yummehh.

Nasi Kerabu Pasar Malam UiTM
Yang ini kalau tak tau kat mana elok bunuh diri la takyah mengaku student Lendu. Apa yang best pasal nasi kerabu ini adalah sebab walaupun aku sendiri dah pergi Kelantan dan rasa Nasi Kerabu kat sana, yang ini jugak paling sedap. Nasi dia pun tidak biru sangat so tak potong stim time nak makan tuh. Sedap gila! Memang aku sambar ini lah selalunya kalah singgah Pasar Malam. Dia punya pedas kawww habis. RM3.50 btw!

Rashid Corner / Kedai Makan Depan Petronas, Kelemak

Nasi bujang, Nasi Goreng Kampung, Nan Cheese. Fullstoooooop. Aku pernah buat rekod makan sini 2 minggu straight masa final sem 5 sebab harga dia murah dan rasa dia awesome habis. Tak dilupakan ada kerang rebus yang boleh buat santapan ringan. 

Snicker Shakes, Jonker Walk

Dah penat jalan Jonker jangan lupa minum snicker shake bersama dengan butter chicken with plain rice. Memang orgasm habis mulut hangpa. Pastu jangan lupa jalan balik masuk jonker makan ais krim goreng / ais krim buah. Puass beb puasss haha.

Asam Pedas depan Menara TM
Orang Melaka kan, Asam Pedas mestilah sentiasa di hati, walaupun banyak kata top di Melaka adalah di Kota Laksamana aku lebih prefer yang ini. Lagi pedas dan kaw. Oh ya kedai ini terletak di tepi bawah jejantas di Alor Gajah. Sedap weyyy.

[New Update]
Medan Selera Ikan Bakar Umbai
Hahaha how come boleh lupa antara tempat makan paling best dalam Melaka. Thanks pada one anonymous yang remindkan aku. Medan Selera Ikan Bakar Umbai pula memang tentulah mempunyai keistimewaan pada nasi lemak dan ikan bakar dia. Memang superb and selalunya kelas aku memang buat gathering kat sini. Even last gathering ngan kelas pun buat disini. Sangat sedap dan berbaloi, tapi duit tu kena tong-tong la baru puas makan. Nak murah bawak sekali akak akak charming, nanti mesti dia kasi lebih lauk punya hahaha. Ni serius cakap berdasarkan pengalaman.

Sebenarnya aku ada banyak lagi tempat makan nak cerita macam Chicken Chop RM5 di Medan Selera Pengkalan Balak, Aneka Sup Kaw di Medan Selera Celah Kangkang di Depan Hotel Reinannasance, Kedai Tom Yam Naiman, Asam Pedas Kota Laksamana, Asam Pedas Jonker dengan Satar Panggang (depan hotel Casa del' Rio), Barkat Salam, D'Nangka dan banyak lagi yang tak larat lagi aku nak listkan!

So aku cadangkan bila bosan bosan tu, lepak Melaka, jangan lupa Jalan-Jalan cari makan! Sebab banyak lagi tempat best untuk makan makan. Dah jumpa tempat best tu, jangan lupa share aku, sama sama kita boyotkan perut. LOL.

Hahaha thanks for reading the entry ya kodok kodok sekalian. Berjumpa lagi di entri akan datang.

Ps: Kalau lapar dan duit kering masa tu, Kelemak lah jugak dihatiku ini ;D


32 comments:

  1. wtf,..ko pasal makna mmg ko sume taw..habis 1melaka ko tawaf..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap gileeee.. adeh -.-

    ReplyDelete
  3. sy orang mlaka yg dah duduk nak dekat 19 tahun kat mlaka ni pun tak abis tawaf mlaka lagi. terbaik !!

    ReplyDelete
  4. Anonymous - haha thanks! ;D
    Fafar - SYHHHHHH haha
    Anonymous - Thanks!
    Syafiqah Kamar - Haha terima kasih! Saya pun orang melaka, tak explore ini semua kalau tak study di lendu tu ;p

    ReplyDelete
  5. dah rasa ikan bakar umbai..
    ex-uitm student..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hzzh la mcm mana boleh terlupa, ok edit balik lah entry ni haha. thanks igtkan! ;D

      Delete
  6. nasi goreng cili padi depan uitm xmasuk dlm list eh? hehe
    ex-lendu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya mcm nak update list lagi. tgklah nanti bila rajin. btw gmbr xde, so kene pergi dulu ambil gmbr baru update

      Delete
  7. NaSi ayam nadia kat bus stand ada lagi? Terbaekkk. Ikan bakar umbai x kick sgt. Ada satu tempat a bit hidden but much better than umbai. Just x ingat apa nama tempat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh nasi ayam itu ada lagi! tapi gua tak layan sangat nasi ayam hehe. oh ikan bakar tu pulak namanya medan ikan bakar kuala sungai baru. yup better than umbai! hanya discover seleps habis diploma haha. ni yang tibe2 rasa nak buat follow up post yang ke-2 untuk tempat makan best ni. btw thanks!

      Delete
    2. ikan bakar kat muara duyong..lg best dr kat umbai tu..

      -kite org melake-

      Delete
  8. SNIKER SHAKES JONKER WALK TU SANGAT MENARIK HATI...BOLEH PERINCIKAN LAGI TAK KAT MANA KEDAI NI.....TQ

    ReplyDelete
  9. Nyesal bca entri...tetiba raser perut pedih giler..mulut ase trnganga +++ air liur meleleh mnitik tap2 je teringat kate2 dln entri.aku p melaka tk pnh jmpe kdai sdap...tk tau tmpt..hihu

    ReplyDelete
  10. D'nangka tu aku pangkahh!!msk xsdp servise lmbt.mse mula2 bk dulu memg tip top laa pastu hampehh

    ReplyDelete
  11. Snicker shakes dekat calanthe art cafe . Ayam penyet yang the best jugak dekat batavia cafe . Berdekatan ixora snooker bukit beruang . Nearby MMU. Sederet windmill . Price mmg ok

    ReplyDelete
  12. best gle! Dlu stdy kat melaka, tk tahu pn wujud benda2 ni.. Nk share leh? Char kue tiaw kat dpn hospital melaka pn sdapa taw, dan ada satu gerai bakso dpn hospital melaka, yg awesome dan coconut milkshake ada satu ag kat bukit baru, tk taw ada ag tk..

    ReplyDelete
  13. Dik satu pun ... list kau ni akk tak pernah makan...
    Bagi yg tak ingat tu nama tempat tu medan ikan bakar pernu

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. kitorang , bdk matrik tgh cari tempat2 menarik ni. ah maklum laaa lg 29 hari nk tggl kmm :(

    ReplyDelete
  16. Alo salam, nk tny kedai asam pedas tepi bawah jejantas AG tu kt mana? Kt area sekolah dekat kubur cina tu ke?

    ReplyDelete
  17. Mlm ni gerak pg melaka..n now tgh survey mana nak mkn kat melaka..hope dpt jumpa tmpt yg di listkan nih..huhu..

    ReplyDelete
  18. Halo.. Bagi kamu pemilik restoran yang membutuhkan Kemasan Makanan dapat menghubungi kami untuk pemesanan.

    ReplyDelete
  19. Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete
  20. jalan ciket sampai durian tunggal, boleh singah Warung Santai https://www.instagram.com/warungsantai_melaka/ bawa kad pelajar, ada la rebate untuk harga nasi ... jumaat FREE air sarsi ,

    ReplyDelete
  21. Pergi pekan Masjid Tanah, then jalan ke arah petron depan klinik kesihatan and go straight menuju Kuala Sg Baru-PD-Lubok Cina, nanti akan jumpa traffic light simpang tiga. Kalau terus akan ke Lubuk Cina, kalau ke kiri akan ke Kuala Sg baru. Dekat traffic light tu, akan nampak satu warung kecik je. Try lah makan situ. Murah sedap dan berbaloi. Teh o kopi o 60 sen je. Milo ais pon still 1.20 and mee kari 2.00. Kalau balik kampung memang wajib aku sarapan situ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...