Tempurung Kosong

Cerpen ini ditulis pada 6 September, 2009. Pada blog lama. Seakan tidak kusedar mana datang ayat cendekiawan aku tika itu.

Pada suatu hari manusia bongkok tua itu berjalan di kaki lima kedai-kedai usang.

Kemudian beliau duduk di satu penjuru colok di celah-celah bangunan usang tersebut. Lantas beliau mengeluarkan tempurung kelapa. Di dalamnya terisi bertih-bertih jagung. Dan beliau letakkannya tepat di hadapan tempat beliau berteduh.

Terketar-ketar tangan beliau mengeluarkan wisel dari celah poket baju kemeja lusuhnya.

‘phiiiiiiiiiiiiiiiiiit’ bunyi kuat wisel ditiup.

Beliau senyum.

Tak lama kemudian, berduyun-duyun burung merpati hitam-putih berterbangan menjamah rezeki dari Allah yang disampaikan melalui si tua bongkok. Tersenyum beliau melihat keletah burung-burung tersebut.

Telah lama beliau hidup sepi, tanpa teman, dan punya teman haiwan sebegini, sekurang-kurangnya beliau ada sedikit sebab untuk mengukir senyuman.

Si tua bongkok itu terbatuk kecil. Dia mengeluh kecil.


‘Burung, aku sudah tua, aku sudah tua’

Dia lelapkan mata sebentar. Ingin mengikis rasa penat tubuh yang sudah usang.

‘Paaamm! Paaamm! Paaam!’ terdengar bunyi das tembakan. Beberapa ekor burung mati tergempalai di hadapan si tua.

Si tua kaku bisu tanpa kata. Matanya berpeluh. Jiwanya berdegup kencang.

.

.

.

Esoknya.

Rutin sama berulang. Membawa bertih jagung

Lusanya.

Rutin sama berulang. Membawa bertih jaguh.

Namun apatah daya, bertih jagung tidak langsung berkurang kuantiti. Senyuman tidak lagi terukir.

.....Tempurung itu kini hanya tinggal kosong untuk diisi syiling-syiling sang manusia.


Officially privated my personal blog with the post of this entry. I am now thinking to be more serious in blogging. My life wasnt more the old me, it has changed, and I wish to note down all the thick & thin of 'em.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...