New Gadjet - FujiFilm Instax 7s

Semalam (Khamis - 12 Julai), al-kisahnya aku mendapat posto order untuk satu gadget yang aku beli online. Actually aku tidak sangka yang servis dia se-thumbs up ini sebab aku order pun hari selasa so expectation aku dalam minggu depan baru dapat. Nope tekaan aku salah cepat gila sampai - hingga  rasa macam wow gila serius minah ni berniaga. Student lagi tuh. Stalking sikit dekat Facebook, oh student business, patutlah. Bangga kejap aku jadi student Business.

Oh ya, lupa pulak aku nak bagitau aku beli di mana. Aku beli di sini yaw.


Korang boleh check link aku bagi tu. Instax kamera kalau nak beli kamera, accecories kalau nak tengok bahan pelengkap kamera, dan facebook page kalau nak tengok feedback customer. Oh dan please take notes this is not a paid post. Written because I am a happy customer. Yeah.

Oh dan kalau yang tak tahu apa itu instax kamera, kamera ini adalah kamera yang mana kau tangkap gambar, automatik terus keluar printed gambar yang kau tangkap within seconds. No usb, no cuci gambar sebab dia adalah instant. Boleh google untuk maklumat lebih lanjut.

Dan tolonglah jugak take notes, teknologi ni dah muncul lebih 2 tahun lepas, and sekarang baru aku nak beli. HAHAHA. Noob habis. But aku peduli apa, aku ada projek tergambar dalam fikiran yang memerlukan ini so aku grab jugak. And buying this bukan bermakna kau ketinggalan zaman just aku rasa sekarang ni baru nak up kamera macam ni, dulu tak. Ambil contoh mudah, lately ni baru aku jalan shopping complex nampak orang bawak benda alah ni kehulu hilir, dulu takde pun.

Ok dah cukup membebel jom tengok rupa kamera time aku dapat ini!


Kiri packaging post laju, and sebelah kanan, lepas aku koyak kertas pos laju tuh.


Dan ini apa yang aku beli siap plus dengan accecories dia sekali. Now I tell how cheap you can get of buying from her.

Kamera (RM225) + 2 Films (RM25X2 = RM50) + Beg (RM65) = RM340 only

Nak dijadikan cerita, esoknya lepas order aku ada try usya kamera ni kat Jusco, and harga dia macam ni, serius gua tak tipu wey.

Kamera (RM258) + 2 Films (RM33 X 2= RM66) + BEG (RM70) = RM394

Kau kira la berapa banyak beza dia. Haha. Terperanjat wey. Plus, kalau beli kat Saffa, postage adalah percuma. Seeeee. Seeee. Ni yang tak nyesal beli ni haha.



Condition kamera pula adalah masih tip top, still cantik.


Kamera setelah disarungkan beg. Comel je haha. Aku terus bagi nama dia Patamon. Sebelah dia tu model untuk gambar first yang aku capture. Jom tengok result dia.


Tadaaaaaaa. Hahaha gambar blurr sikit, blame aku sebab salah pakai setting. Ada rasa menyesal sikit beli waktu ini tapi rupanya kena pandai setting, dah pandai setting ok la. Kau kena godek sikit masa awal awal beli, baca manual dia. Aku mana baca terus snap je la tu jadi macam ni. Hancussss. Tapi still ok what?

Petang, snap lagi gambar adik, and it was... goooooood. Tak nak share sini (nak cover identiti sikit haha) tapi trust me gambar dia ok.
Oh dan tengok sikit gambar jari aku. Aku hygienic habis kan kuku bersih haha. Ada gadis yang dah terpikat? HAHA. 

Overall, aku puas hati. Tak mau cakap banyak, kalau rasa nak beli, beli. Tak nak, sudah. Tapi untuk aku, tidak menyesal beli. 

Sebab bagi aku baik invest duit gaji aku kerja dulu ke something yang aku boleh nampak in future. Daripada terbang tak tentu pasal. Kang menyesal kang dah habis habuk pun tarak.

So, tu je lah bebelan aku untuk kali ini. Jangan lupa likes entri ini ok!


(Resipi Bergambar) Ais Krim Goreng / Fried Ice Cream

Ok ni quick updates ni, aku nak cuba sedaya upaya nak update resipi ini sebelum pergi kerja haha. So 30 minit, be nice to me atau blog ini takkan terupdate. Hahaha. Selamat maju jaya. Dan ayuh kita mulakan.

Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Ais Krim (Tak kira lah apa jenis)
Cawan Bulat yang diameternya besar roti

dsdsdsDad

Ceritanya begini. Kau perlukan 2 keping roti untuk membuat satu ais krim goreng. Bentangkan roti atas chopping board dan letak satu sudu ais krim kat salah satu roti tersebut dan lapikkannya dengan another roti. Kira macam sandwich la.


Dah lepas lapikkan roti tu immediately kau amik cawan dan tekap roti tu kuat-kuat sampai jadi bentuk dorayaki. Keluarkan dia dan masukkan dalam satu bekas untuk disimpan banyak banyak.



Roti yang lebih itu, kau jangan la buang pulak. Buat lah puding roti ke bagi ayam makan ke.


Tadaaaa. Ini hasilnya. Buat beberapa keping pastu kau kene simpan roti ais krim yang kau dah buat ini dalam freezer dalam 5-6 jam. Lebih pun takpe. Good things pasal roti ini adalah kalau dah masuk freezer nanti benda ni akan jadi tahan lama, sebulan pun masih ok. So kau simpan je lah, bila nak pakai baru goreng.

Cara nak goreng pulak senang sahaja, panaskan minyak dalam setengah kuali (sebab kau nak buat deep fry). Bila minyak dah tahap panas gila, masukkan roti yang kau dah buat tu dan goreng dalam masa 10 saat sampai dia perang. Angkat dan siap!

Resipi ais krim goreng

So inilah hasilnyaaa. Sedap gila lah aku cakap. Panas crunchy kat luar, sejuk creamy kat dalam. Perghhh. Selalunya memang ini bagi kat tetamu kalau datang. Itupun kalau dia request awal lah nak datang. Aku buat lah banyak-banyak dalam peti ais, bila orang datang goreng je, nak buat pun sekejap je punn.

Dan actually, kau boleh modify lagi resipi aku ni, maybe boleh letak other things kat dalam roti tu macam serbuk oreo ke, coklat cair ke, buah strawberry ke, ikut kreativiti masing-masing lah. Macam aku, preferred it plain and simple.

So selamat mencuba!

Dan jangan kedekut resipi ni weiiii. Likes untuk share kat facebook korang pasal resipi ini hehehe. Jumpa lagi pada entri akan datang! chiowww.

UPDATE:

Haha tiba tiba tengok post ini ramai datang dari form cari. One of the komen cakap one of the worst recipe sebab banyak minyak / roti banyak serap minyak.

Rasanya tak baca post saya betul-betul ni. Sebelum goreng tu, make sure panaskan minyak tahap maximum, bukan setakat panas je, tapi panas gila. Dan goreng hanya untuk 10 saat sampai perang. Tak sempat serap minyak tuh, instead, dia jadi crunchy.

Best of luck :D

(30 Gambar) #FoodPorn Instagram - Gambar Makanan di Malaysia yang Boleh Bikin Kau Kecur Air Liur! #2

Entri makanan datang lagi. Lapar pulak aku bila time update entri ini. Aduihhhh. Jom baca jom.

Chocolate Pavlova
Woiiiii ni kan dah post entri sebelum ini woiiii. Ops haha.

Bubur Sagu Jagung
Ini semasa sambutan birthday kawan saudara aku. Favourite type of bubur so sedaplah bagi aku.

Crispy Roti Canai with Vanilla Ice Cream & Sliced Banana
Ini pula di PapaRich. Kombinasi yang pelik semasa nak order tapi bila sudah try sedap sangat. Roti canai dia crispy gila so memang masuk dengan ice cream tuh.

Briyani Gam Daging
Yum yum yum.

Soto Nasi Impit Ayam
Aku kalau soto lagi prefer nasi impit dari meehun. Tambah dengan sambal kicap, perghhhh.

Red Velvet 
Fattylicious bhaiiii.

Butter Chicken
Paling sedap tak lain tidak bukan di Restoran Kapitan, Penang.

Naan Cheese
Bukan bulat punya naan, ini lonjong, dan ini sedap gila. Kapitan semestinya.

CornFlakes
Tak pernah makan aku pijak kau kang.

Honey Parfait
Grab this masa breakfast buffet di Rasa Sayang Shangri-La Penang, crispy creamy. Not bad.

Putu Mayam
Favourite weyyy, dia macam meehun makan dengan gula perang dan isi kelapa parut. Sedappppp.

Briyani Kambing
Kapitannnnnn.

Susu Badam
Ini bagus untuk tenaga batin ni. Serius dari penat lepas minum jadi segar semacam.

Red Velvet in a Cup
Epic fail. Hahahhahaha.

Nasi Lemak Sambal Sardin
Kita cuba out of norm punya kombinasi, ayam tukar jadi sardin. Not baddd.

Chatime Roasted Tea
Tak tau kenapa tapi aku macam rasa minum chatime lagi healthy dari coolblog.

Tofu with Oyster Sauce
Chicken rice shop.

Karipap Gulung
Gulung jangan tak gulunggg.

Durian Kampung
Lepas makan pastu sedawa kan, perghhhhhhhh. Boleh koma bhai.

Nasi Tomate dengan Arca Epal
Yeah, nasi dengan epal kau boleh bayangkan tak sekarang macam mana.

Sundae Cornetto Caramel
This one patut tak ada dalam setting McD. Tapi akak jaga kaunter tu bagi aku free cornetto chips tuh.  Hehehe.

Sizzling Nasi Ayam
Panas, pekat, perghhh.

Tako Tao Unagi
Mahal ni takley makan selalu ni.

Jco Baby Donuts
Selalunya bila rasa nak makan donut gonna grab this sebab mostly perisa ada. RM18 and you get it all.

New Orlean Mini Drummets
Pizza Hut.

Caramel Tutti Fruitti
Best tutti fruitti creation ever. Vanilla ice cream dengan caramel.

Milo Ais
Ni saja je bosan amik gambar macam ni nih.

Telur Lapis Ayam Cili Padi
3 layer telur, tengah ni kita letak ayam saiz popcorn goreng kunyit and telur pula goreng dengan potongan dadu cili api dan gaul bersama bawang merah kisar. Pedas yang superb.

Pulut Durian
Time kenduri belah Johor selalu ada ini. Sedap itu semestinya.

Kuih Melaka
 Kuih ini ada gula melaka half melted dalam dia. Manis bersantan. Best makan sambil borak dengan member

Ok nanti gambar instagram makanan banyak lagi nanti aku buat macam post ini lagi lah. Hahaha macam boleh buat diari makanan hahaha. 

Dengan ini post ini dihentikan secara tiba-tiba.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...