(Resipi Bergambar) Ais Krim Goreng / Fried Ice Cream

Ok ni quick updates ni, aku nak cuba sedaya upaya nak update resipi ini sebelum pergi kerja haha. So 30 minit, be nice to me atau blog ini takkan terupdate. Hahaha. Selamat maju jaya. Dan ayuh kita mulakan.

Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Ais Krim (Tak kira lah apa jenis)
Cawan Bulat yang diameternya besar roti

dsdsdsDad

Ceritanya begini. Kau perlukan 2 keping roti untuk membuat satu ais krim goreng. Bentangkan roti atas chopping board dan letak satu sudu ais krim kat salah satu roti tersebut dan lapikkannya dengan another roti. Kira macam sandwich la.


Dah lepas lapikkan roti tu immediately kau amik cawan dan tekap roti tu kuat-kuat sampai jadi bentuk dorayaki. Keluarkan dia dan masukkan dalam satu bekas untuk disimpan banyak banyak.



Roti yang lebih itu, kau jangan la buang pulak. Buat lah puding roti ke bagi ayam makan ke.


Tadaaaa. Ini hasilnya. Buat beberapa keping pastu kau kene simpan roti ais krim yang kau dah buat ini dalam freezer dalam 5-6 jam. Lebih pun takpe. Good things pasal roti ini adalah kalau dah masuk freezer nanti benda ni akan jadi tahan lama, sebulan pun masih ok. So kau simpan je lah, bila nak pakai baru goreng.

Cara nak goreng pulak senang sahaja, panaskan minyak dalam setengah kuali (sebab kau nak buat deep fry). Bila minyak dah tahap panas gila, masukkan roti yang kau dah buat tu dan goreng dalam masa 10 saat sampai dia perang. Angkat dan siap!

Resipi ais krim goreng

So inilah hasilnyaaa. Sedap gila lah aku cakap. Panas crunchy kat luar, sejuk creamy kat dalam. Perghhh. Selalunya memang ini bagi kat tetamu kalau datang. Itupun kalau dia request awal lah nak datang. Aku buat lah banyak-banyak dalam peti ais, bila orang datang goreng je, nak buat pun sekejap je punn.

Dan actually, kau boleh modify lagi resipi aku ni, maybe boleh letak other things kat dalam roti tu macam serbuk oreo ke, coklat cair ke, buah strawberry ke, ikut kreativiti masing-masing lah. Macam aku, preferred it plain and simple.

So selamat mencuba!

Dan jangan kedekut resipi ni weiiii. Likes untuk share kat facebook korang pasal resipi ini hehehe. Jumpa lagi pada entri akan datang! chiowww.

UPDATE:

Haha tiba tiba tengok post ini ramai datang dari form cari. One of the komen cakap one of the worst recipe sebab banyak minyak / roti banyak serap minyak.

Rasanya tak baca post saya betul-betul ni. Sebelum goreng tu, make sure panaskan minyak tahap maximum, bukan setakat panas je, tapi panas gila. Dan goreng hanya untuk 10 saat sampai perang. Tak sempat serap minyak tuh, instead, dia jadi crunchy.

Best of luck :D

17 comments:

  1. oo..sng je upenye nak buat. nie nak kena try nie..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try jangan tak try, nanti jangan lupa share hasilnya ok! ;D

      Delete
    2. ok..tp kena tggu balek uma dlu hehe, kat uma swa susah nak buat xde peti ais hehe

      Delete
  2. kalau mcm tu saya nak datang rumah la hujung minggu ni.. haha :'D
    sedaaaaaaaaaapnye!
    request ltak serbuk oreo sekali ye? haha :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh tak boleh betul, ni yang tak menahan ni, HAHA

      Delete
  3. senang giler..thank 4 the recipe..t nak try wat la...('',)

    ReplyDelete
  4. ada orang kata worse? dia yg tak reti buat, tak biasa ke dapor kot....tp cara ko explen mmg simple giler a..aku pon rasa nk try, klu laki mcm ko bleh, malu la klu aku tak leh kan..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes kalau lelaki boleh kenapa kau tak boleh pulakkan, bravo bravo !

      Delete
  5. mcm mane nk lekatkan roti tu?
    nnt kang dia terbukak lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tekan dengan roti tu dia automatik terlekat. Hehe

      Delete
  6. saya pernah buat. sama step by step cam kat atas. memang menjadi.
    sila ikut petua diatas betul2 ye bagi yg baru nak buat aisekerim goreng ni.

    minyak mesti panas2 masa masukkan roti tu. and make sure roti betul2 dah
    disejukkan dalam fridge lebih daripada >6 jam...lagi lama lagi elok.

    sekian.

    cik jah
    damansara (heeheheheh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk feedback cik jah! :P

      Delete
  7. akak dah buat jadi....thanks share resepi....

    ReplyDelete
  8. nampak sedap n ok,i want try la..wish i sucses..he he he...

    ReplyDelete
  9. eh lupa pula,btw tq sdh share resepiny ya...hope ada lg any resepi tuk d share....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...