Keadaan Bilik Aku di Rumah Sewa

Hello, lama betul aku tidak update blog. Kisahnya dalam berbulan blog ini aku tinggalkan, aku punya kehidupan sudah berubah banyak. Kini aku dah sambung belajar semula. Alhamdullilah dalam bidang Pemasaran (Marketing) di UiTM Kampus Bandaraya Melaka - dan yeah, itu first choice aku so bersyukur itu memang sangat.

So sebagai someone yang titlenya seorang student dan seorang businessman (yeah im working and studying simultaneously)  demand aku untuk rumah sewa of course lah a bit high. Tapi masih mengekalkan ciri pelajar di situ. Chewahh. Hahaha.

So rumah aku ni letaknya di area Pokok Mangga Malim, about 10 minit driving ke kbm. Kawasan yang sunyi sebab jauh dari jalan raya tapi dekat dengan rumah kedai. Walking distance ke KFC, Pizza Hut, 7E, Domino, Econsave dan itu adalah sangat hebat. Hahaha. Nak tengok wayang pula adalah 8 minit drive. Now tell me how good is that? Inilah kelebihannya study di bandar.

So best thing pasal rumah sewa aku ni adalah sebabnya bilik aku adalah aku seorang yang duduk. Sangat best sebab privasi memang sangat superb. Dan aku ni pulak jenis pengemas so memang perfect lah aku kata. Aku buat sepah, bilik sepah, aku kemas, bilik kemas. Simple as that.


Dan kat atas ini adalah susunan bilik aku after buka pintu. Simple je sebab aku tak minat bilik yang berselirat. Ada meja solek with sliding mirror, timbang berat (warna biru yang kecik kat sebelah tu), almari bertingkat untuk buku dan fail, meja belajar, katil, dan almari. Simple je (Y)


So ini pulak workplace and studyplace aku. Ada table lamp ala-ala Toystory (Fav), jam loceng yang oldschool dan juga speaker kalau aku nak bikin pekak telinga kalau tension. Tapi kalau mood baik tu datang, pakai earphone sudah. Hahaha. Simple je meja belajar aku ni.


Next is this almari. Ada printer kat on top untuk urusan kerja ataupun print assignment. Next is file berzip, satu fail satu subjek. Then ada buku text. And bawah sekali is A4 Paper dan pelbagai barang lain. Dan bawah sekali macam laci tu aku punya DVD haram punya simpanan. Lebih 50 Movie dah aku kumpul, kalau bosan kita tengok.


Satu subjek satu file. So takdelah time final ko stress ni kertas ni subjek apa ni, haha. Persiapan dari awal. So takde notes yang akan tertinggal. So far technique aku ni sangat sangat berkesan! (at least for me)


Katil dapat size queen. Alhamdullilah selesa. Juga aku letakkan barbell kat hujung katil. Azamnya konon bangun tidur angkat lah, haha. Setakat ni belum ada perubahan lagi. hoho.


Di sisi katil ada meja kecik untuk letak air mineral / laptop lepas pakai. Juga ada dumbell. Dan kotak biru untuk letak baju kotor lepas pakai. Seminggu sekali basuh. Simple aint it?


My fav part of this room mestilah budak 2 kenit ini. Sangat cool untuk dibelek time dok belajaq. 


Almari pun boleh tahan. Sangat memenuhi kriteria yang aku nak.


DAN YANG PALING BEST PASAL BILIK INI ADALAH:
.
.
.


Suasana malamnya. Sangat tenang dan best! Depan meja belajar ada tingkap so angin masuk sepoi sepoi bahasa, kalau bosan hadap buku boleh jenguk luar. Takpun dok layan movie kat laptop ataupun youtubing non stop (thanks unfi for tiptop services).

Namun begitu, jarang sangat dapan hadap ni semua sebab mostly aku guna bilik ni untuk tidur je. Masa banyak dihabiskan untuk kerja dan belajar. Everything comes with pros and cons. So aku layankan je. Sekian sahaja post saya di sini. Bye!

Ps: Selamat Hari Raya Haji semua! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...