(Degree in Marketing) Semester Pertama Ijazah Sebagai Pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan - Pemasaran (BM220), UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Assalamualaikum.

Alhamdullilah, sedar tak sedar, aku berjaya tamatkan semester pertama sebagai seorang pelajar Ijazah di UiTM. Semester yang sangat tough sampai blog tak update langsung but yeah, aku berjaya jugak lepasinya.

So macam biasa, entri untuk update tentang perkembangan aku sebagai seorang pelajar, seorang hamba hakiki yang masih bernafas untuk perjuangan menuntut ilmu di muka bumi ini.

So here we go.


Melangkah Masuk:


Walaupun UiTM KBM ni dah tak terkira aku tengok dari sebelum masuk tapi suprisingly perasaan berdebar itu ada first time nak masuk. Overall, aku rasa study di KBM ni buat aku tak rasa diri aku sebagai seorang pelajar tetapi lebih kepada pekerja. Ye lah, parking kena bayar, tempat belajar pun ada 2 bangunan je. Itupun satu bangunan share dengan student Kolej Yayasan Melaka. So, basically hidup kau adalah di satu blok ini sahaja.

Tips #1 - Kat sini, adalah lumrah yang sangat normal untuk beratur nak naik lift. Lift yang disediakan adalah 4 sahaja dan ada lebih dari 4000 pelajar kat sini, tidak termasuk lecturer dan pekerja, so,  you do the math. Jadi untuk elak dari beratur, sila datang 30 minit awal dari waktu kelas, datang 15 minit awal pun kau masih kene beratur. But taking it on the positive side, itu salah satu cara untuk maintain health, naik tangga lah bro!

Tips #2 - Jangan menggatal nak naik lift kalau kau nak pergi tingkat 5 dan ke bawah pada peak hours. Bikin maki hamun semua. Amaran ini datang dari pengalaman haha.

Kenangan berhimpit dalam lift bersama classmates. Boys gonna love this haha. #BM2203D

Selain itu, KBM juga adalah kampus paling awesome sebab kedudukan di Universiti ini adalah betul betul di tengah bandar. Takes less than 5 minutes untuk kau sampai ke AEON untuk GSC atau Karok. Takes less than 15 minutes untuk sampai ke pusat bandar. Kurang 5 minit untuk ke Tesco untuk beli barang rumah. Ohh, memang bandar habislah wa cakap sama lu. Kalau kelas gap 3 jam tu memang sempat sangatlah nak tengok wayang.

Tips #3 - Instead freekan jadual anda dengan kelas pada hari jumaat untuk balik, kalau boleh freekan juga some times untuk gap antara subjek pada hari rabu sebab GSC offer movie murah RM6. Option lain, bawak matric card, dapat student price ;)

Minggu Pertama:

Classmates aku dari Diploma - Marketing, International Business, Finance

Unlike UiTM Shah Alam, kami di sini masih perlu menjalani MMS lagi sekali walaupun dah umum tak perlu dari kampus induk. But 3 hari je dan timing dia pagi sampai petang sahaja so it wasnt that stress actually. But jujur kata ada certain ceramah aku ponteng je (Bomba etc). Kemas rumah dan sebagainya.

Tips #4 - Disebabkan kampus KBM ini dalam bangunan, line connection internet adalah sangat haram. GPRS for most of the time. So masa dengar ceramah tu, get some option to entertain yourself kalau ceramah tu boring (eg: sudoku) // Di classroom pun internet macam begitu, but thats good sebab kau boleh concentrate semasa sesi pembelajaran.

Antara sebab lain lari MMS: Melawat kawan yang kesakitan di hospital. Hahaha.


Credit Transfer / Pemindahan Kredit:

Subjek yang kau boleh transferkan kreditnya (Marketing)

Untuk minggu pertama dan kedua. Sesi kuliah adalah masih ringan dan itulah juga masanya kau kene cepat buat kredit transfer sebab kalau lambat/lalai kau kene ulang ambil semula subjek yang sudah ambil masa diploma. So pastikan sebelum masuk, dah ready dengan mini transcript yang sudah disahkan copnya dengan koordinator untuk proses yang lebih smooth.

Tips #5 - For most of the subjects, requirement yang diperlukan untuk transfer kredit adalah kau kena dapatkan b- untuk subjek tersebut. Tetapi kalau kos Marketing, subjek macam Principle of Marketing tu at least kau kena dapatkan b masa diploma. Sama jugak macam Finance, subjeck Financial Management minimum kena dapat b. Ib pun sama. Eh pandai pandai la ko nak hidup hahaha.

Tips #6 - Operation Management (OM) vs Organization behaviour (OB) semasa Diploma? If possible choose both, kalau tak, ambil OM, boleh dapat credit transfer, so kurang subjek untuk degree!

Rumah Sewa vs AYAM?

My room

For most of the students here, mereka akan sewa di Apartment Yayasan Melaka (AYAM) je, but aku tak prefer sangat sebab dia 'awesome' sangat. Dalam RM700+ per semester. So aku cari rumah sewa di area berdekatan. Belajar berdikari + privasi. Alhamdullilah sangat sangat selesa! Expecially sebab aku duduk seorang untuk satu bilik seorang sahaja.

Suasana yang sangat kondusif untuk belajar waktu malam.

Oh kalau nak baca lebih lanjut pasal rumah sewa boleh baca di sini. Hahaha. Back to basic, terpulang pada masing masing, ada orang suka duduk di ayam tu sebab dapat feeling universiti sikit tapi aku duduk jauh sikit (10 minit drive) so dapat rumah murah sikit. Tapi tolak tambak minyak dan masa. About the same je kot.

Kami berkongsi satu rumah untuk unifi: Tidak Menyesal! Superb


Makan vs Mentedarah?


Tips #7 - Duduk di bandar bermakna duit akan hilang selaju air yang mengalir. Untuk first month aku di sini, makan adalah sangat mewah. Semua nak cuba. Hujung sem, kering!! So boleh jadi pengajaran untuk aku di sini. Adalah sangat sangat dinasihatkan untuk buat budget planning dari awal semester.

Nak tau apa contoh kesannya di hujung sem?

Kena masak dan bawa bekal sendiri bila keluar makan KFC =.='

Tips #8 - Selain itu, untuk makanan biasa pula, harga di sekitar uitm boleh dikatakan agak tinggi. So mana nak dapat murah/berpatutan? Jawapannya terletak di Medan Selera yang berdekatan dengan Kolej Lelaki

This for RM5.50!

Maka itu, tolong buat budget yang sebaiknya agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Hahaha. Ketahuilah banyak manfatnya berjaga-jaga dari awal. Lesson learned!

Lain-lain perkara berkaitan


Tips #9 - Untuk Degree, kau dah secara automatik akan mula terikat dengan Kemahiran Insaniah, maka itu, involve lah sebanyak boleh aktiviti untuk mendapatkan sijil yang terbaik (eg: derma darah)


Tips #10 - Jika kelas bergabung, sila datang awal atau anda akan dapat tempat tak best


Oh dan sudah pasti, kad madtrik yang baruu ;)

Classmates



Yeah. Aku ditempatkan di BM2203D. They were all fine and great. Dan 21 tahun, inilah kelas pertama yang aku duduki yang mana semua competitive untuk menjadi yang terbaik! A very positive environment. Yang tak bestnya sebulan sebelum final dapat khabar akan dipisahkan next sem ;(

Subjek semester ini



Hmmm terlalu banyak kalau nak cerita pasal ini semua tapi insyaAllah kalau mood ada time result keluar nanti aku buat special entry pasal all the subjects. 

Random stuffs in the middle of the sem


Tips #11 - Ini masa buat kuiz mandarin. Oleh kerana kuiz online, jangan malu jangan segan ajak ramai ramai buat sekali sebab korg boleh share idea bersama. It helps a lot. Buktinya, aku dapat markah full untuk kuiz online mandarin. Thanks #BM2203D


Selain itu, untuk student FPP, korang akan diwajibkan conduct community services. So kami punya sesi untuk sem ini adalah membuat aktiviti 'go green' di SMK Bukit Katil. Alhdamdullilah berjalan lancar.


Ini QMT. Masuk first kelas dah pening tengok nombor haha.


Presentation Bel. Since ianya public speaking, memang hari presentation tu sangat normal lah kalau tengok semua orang bercakap dengan dinding, lantai dan angin. Haha.


Aku dan self notes takde kaler memang tak dapat dipisahkan


Seminar microfinance


Tension belajar mandarin


Juga sempat berkonvo semasa di semester pertama. Alhamdullilah aku officially a diploma holder ;)


Ni time hujung sem ni. Duit sangat kering sampai minyak kering tak mampu nak isi. Punya sedih time ni haha.


Kami


Alarm. Nampak tak bertapa bermaknanya setiap minit aku tidur tu?


Party before final. Sumpah stress and exhausted! Telan 2 redbull dan air kopi pun mengantuk.


Study bukan sebarang study, sampai buku terkoyak kena guna penyepit baju lagi.


Akhir kata, aku ada banyak nak tulis dan upload lagi tapi kemalasan dah melanda. So kira halal je lah ni semua. Buat baca baca balik untuk kenangan nanti. Doakan kejayaan aku. Tinggal lagi 3 sem je nak hadap ini. Thanks ;)



Another one and half year, insyaAllah :D



Ps: Jangan lupa likes entri ini!

5 comments:

  1. eyh juniooo! haha ~ same tmpat study la kbm :D
    jln2 dok google resepi red velvet ~skali terpndang entry neh plak ~lawl :D

    ReplyDelete
  2. brape kos pinjaman utk degree in marketing kt uitm??

    ReplyDelete
  3. i nak buat pertukaran kampus, tapi tak diluluskan walaupun ada surat doktor. boleh tak nak mintak tolong you :(

    ReplyDelete
  4. Camne yer nak buat pertukaran kampus? Sy dr uitm kelantan.. tp sy org melaka.. permohonan pertama ditolak. Sy perlukan pertolongan awak. Harap awk dpt membantu. Ni no sy 0196033161 dan email sy nurulfaqieah@gmail.com. terima kasih

    ReplyDelete
  5. saya belajar dulu tidak semewah korang belanja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...