Parti Buih - Sebuah Aktiviti Hujung Minggu

Entah apa jenis hantu merasuk, tiba tiba semangat nak membelek kereta hari ni datang membuak. Alang alang free, aku biarkan rasukan itu masuk menyeluruh supaya tidak berakhir bagai melepaskan batuk di depan pintu rumah. So misi minggu ini adalah mencuci kereta.

Kereta aku ni walaupun dah pakai nak dekat 2 tahun, tak pernah sekali pun aku cuci dengan tangan sendiri. Dek kerana kesempitan wang sampai rasa nak bayar RM12 dekat mamak basuh kereta rasa macam rugi, so aku buat keputusan untuk mencuci kereta sendiri minggu ini. 

Namun sebelum start basuh isu baru muncul - aku mana ada sabun pencuci kereta! Jadi nak tak nak aku dah fikir kena jugak hantar kereta ni pergi kedai! Mana mampu John nak beli sabun sebab baik aku hantar kedai je kalau macam tuh! Dugaan pertama dah muncul tak kasi aku manje manje dengan sayang aku. Argh, aku gigihkan hati. Pergi google the best subtitute untuk sabun basuh kereta. Jangan mengalah!

There you go. Hasil pencarian mempertemukan aku dengan forum ini! Gunakan Sabun Mandi Lux sudey! Hahaha tak terfikir pulak boleh. Menurut forum tu, menggunakan sabun mandi adalah lebih baik dari sabun pencuci kereta sebab sabun pencuci kereta kuat kuasa hakisan pada cat kereta. Tu yang kereta jadi lebih bersinar tu, tapi nanti cat tak tahan lama. Katanya, kalau guna sabun mandi, dia siap ada layer protection uv bagai macam kau jaga kulit kau. Wangi lagi! Hahaha entak ye ke tak. So aku pun proceed je lah sebab aku agak yakin lah takkanlah boleh rosak cat kereta, kulit aku pakai tiap tiap hari ok je! So lets proceed.

Dalam masa sama, aku dah jugak set dalam mind, lepas ni kalau best result dia, memang nak stop dah hantar kedai. Bukan apa John, hantar kedai nak kata cepat, 1 jam pun boleh makan kalau kereta banyak. Lepas tu kene bayar RM12 lagi. So fikir fikir, why not aku sendiri yang usahakan. Kualiti kau puas hati, masa pun lebih kurang sama (40-50 minit), dan paling penting, dapat keluarkan peluh sikit, kira macam other option untuk kau beriadah! 

First Step - Preparation


So bahan yang diperlukan mudah je, which is sedikit sabun lux, air, kain, dan vacuum. Tu je bro. First step adalah kau kena prepare air sabun dulu. Sebelum prepare, aku cadangkan kau sembur air dekat kereta kau dulu. So that kalau ada habuk ke apa, dia kembang dulu. Pastu prepare kan air sabun campur dengan air. Lagi banyak buih lagi tinggi semangat kau nak bermanja, so banyakkan buih sikit bro! Baru umph! Haha

Second Step - Kita Cuci!


Ini step paling cool. Hahaha mulakan sental dari atas atap kereta. Supaya habuk turun ke bawah. Dan baru cuci seterusnya. Kalau tak nanti dah cuci, pastu pergi basuh belas atas nanti bawah kotor balik sebab habuk turun. Make sure lap semua tempat dengan cepat dan laju. Jangan biar sampai sabun kering tak elok untuk cat kereta. Gosok tu make sure semua tempat bersapu dengan kain ok! Hahaha. Sebenarnya aku tak faham kenapa kena ajar benda alah ni, bukan semua tau ke? Hahaha ok dah jom proceed!


Ini adalah contoh kesan dah puas sangat main buih. Konon ingat semua tempat dah kena buih dah bersih. Sekali nampak tak tuh?


Tak bersih la der ko lap. Lap make sure kain yang kena semua tempat, bukan buih! Hahaha. So kene ulang cuci balik -.-'


Taaaada done! Sila pastikan lepas dah bilas, lap kereta dengan kain basah yang tak bersabun untuk kebersihan yang maksima. Kalau rajin, lap lagi sekali dengan kain kering yang bersih. Lap sampai kau puas hati lah senang cerita. Aku tak buat ;b

Lepas basuh, make sure lap dengan air paip kosong.

Selepas membilas. Bukti kekotoran masih ada. Cis bedebah.

Last Step - Vakum Dalam Kereta

Sebenarnya aku dah malas nak ajar. Tiba tiba terfikir perlu ke update blog pasal basuh kereta? Hahaha macam basic gila kot walaupun tak pernah cuba! So proceed ke gambar terus je lah. Hahaha malas nak explain lagi, pandai pandai kau la nak hidup hahaha.


Angkat alas kaki dan pergi ketuk kat mana mana. Agak misteri nusantara di situ apabila terjumpa cotton bud bawah alas kaki, adakah ini unsur freemanson ataupun iluminati? Oh tidak!!


Juga inilah masanya untuk kau rearrange barang dalam kereta tu selepas vakum. Contohnya tibalah masanya untuk kau masukkan tali matrik kad pelajar ko dalam dashboard jangan nak bajet kau student sangat. Juga tibalah masanya untuk kau bawak keluar cd twilight pinjaman rakan wanita kau yang dah bersawang seminggu dalam kereta tidak ditonton. Sambil lap dashboard dengan kain lembab sikit buang habuk!


 Juga inilah masanya ko akan sedar kewujudan ada air mineral bawah seat beserta tiket parking yang sudah dikomotkan. Entah bila zaman sudah wujud akupun tak tau ler. Pergi buang la woi!!


Result


Feeeeewit!

1 comment:

  1. hahaha...title takleh blaaa...cuba buat party sambal..confirm mak2 bukak baca..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...