(Resepi Bergambar) Caramel Cheesecake in a Cup

So hari ini cuti, and adik perempuan aku pun cuti semalam dia atas merentas desa. Tengah aku bosan, dia mengajak buat cheesecake. Kesian dia takde kakak kakak untuk layan kerenah di dapur, so aku masuk line rendahkan ego kata jom. So basically senang sangat sangat nak buat resipi ini. Buktinya aku yang sangat macam haram bab membaking ni pun jadi buat so definitely worth to try! And afterall, it wasnt a bad experience.

First step: Buat base dulu


First, kau kene ada cookies. And cookies tu tak kisah apa jenis pun sebenarnya. But untuk case aku, kami gunakan chipsmore. Perkara yang kena take note disini, function base dia ni untuk mengelakkan kau rasa jemu makan cheesecake tu. So kalau kau rasa kau ni cepat jemu makan cheese macam tu je, tebalkan base dia sikit! Pandai pandai lah. So kami gunakan dalam 8-9 keping untuk kes ni. Tak payah nak ikut sangat kuantiti aku ni, ikut citarasa korang sudey! 

So first step, hancurkan biskut tu guna tangan.


Afterthat, bila dah hancur, tambah 2 sudu gula perang/merah dan sesudu salted butter. Pastu gaul kasi rata.



So basically ni lah rupanya. Cuba rasa dulu, mana tak cukup/ mana terlebih rasa, pandai pandai alter ikut selera masing masing.


After that, boleh sumbat masuk cawan, tekan sikit sikit, then there you go. Base sudah siap!


Masukkan dalam peti ais, dan jom kita proceed ke next step!


Second Step: Cheesecake


Bahan bahan yang diperlukan:

1. 250g Cream Cheese
2. 100ml Fresh Milk
3. 100ml Whipping Cream
4. Satu cawan gula (gula castor lagi elok)
5. Sesudu gelatin yang siap dicairkan dengan 40-50ml air panas (yang ni prepare last sekali, kalau tak nanti gelatin tu keras balik)


So cara dia mudah je, kau pukul semua bahan kat atas tu mengikut turutan bahan bahan aku listkan tuh. Pukul sampai dia rata dan gula dah cukup dissolve. Dalam 7-8 minit kot. Pandai pandai ler. Jangan risau buat je insyaAllah jadi. Yang penting gelatin tu make sure tak beku sebelum kau masukkan (kena liquid). Sampai macam jadi lebih kurang kat atas ni. Kalau jenis cepat muak boleh masukkan sekeping biskut yang kau dah hancurkan jadi habuk dan kacau sekali, ikut kreativiti. Aku tak buat.


Then baru kerja yang susah sudah tiba, amik balik cup tadi dan isikan cream tadi tu sudu per sudu. Supaya dia nampak kemas dan smart. So make sure kekemasan ada di sini. Selalunya kerja perempuan la ni haha.


Hasilnya. So jom proceed ke last step.

Last Step: Toppings & Design


Untuk kitaorang, just top kan dengan caramel sauce yang dah buat sebelumnya guna resipi di sini. But ikut kreativiti masing masing, nak letak strawberry jammed ke, blueberry jammed ke, chocolate sauce ke, oreo ke. Ikut kreativiti dan selera masing masing.


Hasilnya. Selepas design, masukkan dalam peti ais balik dan biarkan selama 6-7 jam baru boleh makan (tunggu dia beku sikit)


Have fun!


3 comments:

  1. ape rase nye? sedap keee

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jawab sedap ke tu jawapannya subjektif. tapi rasa dia mcm marble cheesecake secret recipe tuh.. versi makan lagi puas haha

      Delete
  2. nmpk senang..bole try nnt nih.. tq for sharing! :D

    Jemput ke blog sy FAMILI FANTASTIK!! ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...