Finger Workout & Kisah Awal Internet Aku

Walaupun aku ada 3 akaun email, email yang masih aku gunakan aktif sehingga sekarang masih merupakan email yang pertama aku cipta semasa aku jadi ahli kelab komputer ketika tingkatan satu (2004). Kira kira, ada lebih 8 tahun aku dah guna email ni.

Apa 3 sebab yang buat aku sayang akaun email ni?

First, nak maintain email ni bukan mudah macam sekarang. Zaman dulu, kalau kau ada email, ko kena login at least sebulan sekali. Kalau tak, automatik akaun email kau akan kena terminate. Zaman dulu, streamyx mana wujud lagi. Yang ada pun dial up, mana la aku reti guna. So nak jadikan kisah, sanggup aku setiap bulan semasa form 1 - form 2 tu sebulan sekali semasa waktu rehat keluarkan RM2 sewa komputer kat library sebab nak login akaun je. Punya sayang wa cakap sama lu.

Second, semasa form 2 jugak akaun email aku ni kena bar. Tapi berjaya hidupkan balik! Akibat tak login 3 bulan tak silap. Punya sedey time tu (sebenarnya tak sedey pun haha). Resultnya, email aku tu nak hantar email dah tak boleh dah. Boleh receive je time tu. Gila touching. Tapi aku wat lek aku login je email tu bulan bulan baca online komik yang aku langgan. Last last, akhir tahun macam tu tiba tiba aku cuba hantar email kat ada sorang minah ni (aku ingat lagi nickname dia - kucing goreng haha) masa tu jumpa kat irc chat tak silap and tiba tiba boleh. Haha style!

Third, sebab aku buat email ni dulu baru ada nombor handphone. So kira macam ada memorable value kat situ.

Walaupun banyak cabaran lain macam lupa password, konon ingat kena bar lagi time form 4 sebab lama tak login tapi rupanya yahoo dah tak kisah dah kalau kau tak login sebulan sekali, dan macam macam lagi lah! So aku manage untuk kekalkan email ni. The first email dan masih guna hingga sekarang. Proud!

Tapi bukan itu yang nak cerita dalam post ini sebenarnya, aku sebenarnya nak cerita finger workout aku untuk hari ini. Hari ini aku nak buat rekod sebab setelah 8 tahun aku tak maintanence email aku sampai ada 3804 unread emails dan 81 spams, hari ni aku nak kasi email aku cun! Kita delete semua email tuu. Heeee haaa.


So misi bermula pukul 9.54pm, ditemai lagu We'll Be Coming nyanyian Calvin Harris di Youtube, aku mula clean semua email aku tu.


29 minit berikutnya, semua sudah kasi clear. Naik lenguh bhai jari tekan select dengan delete tuh. But semuanya worth it bila aku dapat flashback memori zaman kanak kanak tak matang aku bila terjumpa email borak kosong dengan abang aku ni:


"Hye boleh kenal sebagai tajuk, terus aku bukak email tu dan jumpa seperti gambar atas ini kat dalam email tu"

Comel kau ni Along


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...