(Food Hunting) Mee Bandung Muar, Abu Bakar Hanipah


Sebelum memulakan entri ni, aku dah decide untuk create satu kategori baru under blog ini which is 'food hunting'. Sebenarnya aku agak tak sangka bila blog yang baru je aku update sebanyak 21 post ni dalam beberapa bulan ni berjaya attract ramai visitor sampai kadangkala 500 page views sehari! Paling minumum pun akan dapat 200 sehari. Dahla jarang update. Macam macam hal! Haha

Blog yang aku beri nama Mat Boyot ni sebenarnya tujuan aku buat kononnya untuk catitkan diari aku untuk turunkan berat (still berisi lagi sebenarnya hahaha)

Dan sekarang, macam dah tukar niche jadinya. Macam macam jenis entri aku post. Yang aku harap memberi input untuk kalian. So aku fikir balik, why not teruskan ye tak? Aku rasa macam nak start aktif berblogging lah lepas ni. Yelah, sapa yang tak kelakar bila tengok tujuan utama manusia datang ke blog aku nih:

Semua pasal makanan. LOL.

Ok enough. Jom sambung ke ke isi entri ini.

Bila sebut pasal Mee Bandung, tak lain tak bukan mesti akan otak tu terus fikir Muar. So semalam, aku satu keluarga drive dari Melaka ke Muar just untuk misi cari Mee Bandung Muar. Semangat! Since Ayah aku memang orang Muar, so senang sikit sebab dia memang dah tau mana mee bandung paling sedap kat sana so kitaorang straight pergi sana terus.

So nama kedai ini, Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Betul betul dekat tengah bandar Muar
Kedai ini untuk pengetahuan anda, terletak kat depan kedai Lee. Sangat senang untuk track. Kalau susah boleh tanya orang kat area situ. Memang popular dan senang cari.


Kedai ini sebenarnya berkoloborasi dengan tauke cina sejak 1930 hingga sekarang. Mee Bandung & Satay milik tauke melayu, dan Air Minuman & Roti Bakar pulak milik tauke cina. Ini adalah Malaysia yang sebenar! Mereka nampak sungguh akrab. Very brilliant lah aku cakap! 5 bintang untuk ini. Tak perlukan slogan 1Malaysia pun. hahaha.



Masuk kedai ni, kiri kanan dinding kedai akan penuh dengan gambar pengunjung kedai ini. Dari pelanggan tetap, ke artis, menteri menteri, dan sebagainya. Kreatif!


So basically, kami start juadah dengan satay dia. Kuah dia boleht tahan sedap! Sangat pekat


Satay mana lagi terbaik? Of course satay daging dia. Juicy.


Tak sampai berapa minit, mee bandung kami semua sampai. Panas berwap lagi! Servis yang bagus. Cerita pasal mee bandung ni, harga dia RM4 sepinggan kalau tak silap. Sangat berbaloi sebab telur dia besar (ada yang cakap dia letak 2 biji, tak sure pasal ni) pastu ada daging, udang, sayur. Memang banyaklah lauknya. Kuah dia pekat ah memang rasa udang dalam kuah tu memang ada kick. Memang puas makan.

And untuk sapa yang berminat, boleh beli perencah mee bandung ni sekali di kedai yang sama @RM10 sepaket. Senang & mudah!


Satisfaction guaranteed!



2 comments:

  1. Business hours mcmana? Sat & Sun bukak tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukak rasanya. most of the day bukak rasanya. tapi tak confirm. tapi ye lah kot sbb haritu masa raya haji pun dia bukak tak tutup

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...