Pengalaman Pertama Bermain Spirit of the Coin

Nak dijadikan cerita, entah bagaimana semasa cuti study week untuk semester pertama aku di KBM aku dilanda ombak gila untuk mencuba permainan spirit of the coin ini. So, dijadikan kisah satu hari aku menggoogle tutorial cara nak bermain game ini.
Untuk yang tak tahu (mustahil kau tak tahu), spirit of the coin adalah permainan yang kononnya menyeruh hantu roh untuk menjawab apa sahaja untuk persoalan kita.
So untuk bermain, kau kena ada perkara perkara asas seperti berikut:
  1. Sekeping kertas yang bertulis huruf A-Z, 0-9, Yes & No, dan Home. 
  2. Pemain (at least 2 orang)
  3. Sekeping duit syiling 20/50 sen, lagi lama syiling tu lagi bagus
  4. Lilin 
So ayuh aku ceritakan pengalaman pertama aku bermain spirit of the coin ini. Satu hari ketika aku tengah stress menghadap buku dengan member aku kat McD, otak gila aku datang, aku ajak dia main spirit of the coin untuk menghilangkan bosan. So dia bersetuju. Yes, dapat juga aku merasakan bermain spirit of the coin ini.

So lantas aku lukis atas kertas board untuk bermain game ini. Kemudian seluk kocek jumpa syiling 20 sen tahun 2003, pikir pikir, bolehla tu, lama juga, zaman aku amik UPSR.


Kat atas ni merupakan board permainan kami. Oleh sebab sifat tak reti nak sabar, board tu jadi buruk aku lukis sebab tak pandai bahagi jarak antara huruf. Huruf dengan huruf smart tersusun, tapi bila masuk nombor memang takde ruang langsung. Tapi aku henjut ok je lah, asalkan ada rupa board sudah. Yang penting roh tu sampai.

So ikut rancangan asal, patutnya setiap pemain titikkan darah atas coin tu, tapi sebab jarum takde (ceh alasan) so kami titiskan air strawberry atas coin tu. Ok la tu ada kaler merah jugak, bukannya roh tu tau pun. Kemudian aku cari lilin, tapi cancel sebab kawan aku kata aku bangang lampu dah ada nak ada lilin buat apa. Ye tak ye jugak. So ok lah, semua syarat dah penuhi, boleh main la ni. Jom kita seru roh.

So kami berdua pun letak jari atas coin yang sama, dan mulut dua dua terkamit, roh datanglah roh, kami bosan, nak borak, datanglah roh, kami tau kau pun bosan. (Untuk yang tak tau, orang kata kalau roh dah masuk dalam coin tu, jangan angkat selagi dia belum pulang ke tempat asal, kalau tak nanti dia boleh mengamuk kacau hidup kau).

So kami mulakan dengan soalan pertama. 'Roh nama kau sapa'.

Seminit pertama masih tiada pergerakan. Tapi aku tengok member aku dah bosan, so aku amik hati dia aku gerakkan coin tu bagitau nama dia 'John'. Tapi aku terbuat slack tersenyum pulak lepas tu. Cis kawan aku dah tau aku menipu.

Next question, kawan aku pulak tanya, ko tinggal kat mana, pastu aku pulak buat bodoh konon tak tau member aku gerakkan tangan dia jawab 'Utara'.

Aku pandang kawan aku. Kawan aku pandang aku. Muka masing masing dah stone. Nak maki dah tau dua dua buat salah. Muka masing masing dah macam tapai basi.

Tiba tiba aku dapat idea. So aku tanya board coin tu, movie kat wayang sekarang apa best, pastu 'dia' jawab Jack Reacher. Aku senyum, kawan aku senyum. Last-last, aku seru roh tu pulang dan kami akhiri game ini dengan menonton Jack Reacher. 



Lawak sangat. Kau cakap je lah kau malas baca buku bro.



5 comments:

  1. hahahaha aku penah main gak tapi tak sempat main dan kena macam macam.

    jom lawat blog : http://soshesay.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...