Result Aku Semester Ini

Frankly speaking, degree dan diploma punya life adalah sangat jauh berbeza. Evendo masa masuk awal awal semester degree ini aku dah target untuk maintain momentum semasa diploma namun untuk 2 bulan pertama, adalah sangat mencabar untuk mendapatkan semangat aku aku nak. Masih terkial kial aku duduk mencari hala tuju diri aku dalam degree ini.

Kehidupan aku untuk degree bukan lah macam biasa, isnin sampai jumaat aku dedicatekan masa aku untuk belajar dan hujung minggu untuk kerja. Semua ini untuk business aku yang tak pernah pun share kat blog ni haha. InsyaAllah bila business aku dah ada nama nanti aku habaqkan.

Kadang-kadang rasa penat gila expecially time habis kelas kena kejar masa driving sana sini untuk settlekan urusan syarikat. Nasib Ayah dan Mak aku banyak tolong time ni. Juga aunty and uncle aku. Dan tak dilupakan, best friend, dan best buddies (KLD TEAM) yang banyak bagi supports. Tapi mereka dah direct cakap lepas ni once aku habis degree aku kena amik balik dah tugas mereka, hahaha.

Dan paling penting, despite of lack of times aku, yang kadang kadang drive melaka-kl-melaka berapa kali seminggu, drive pergi balik ayer keroh yang tak terkira banyaknya, dan jugak balik rumah pukul berapa  pagi ntah terus hadap buku untuk test esok paginya, dan paling gila untuk sem ini adalah driving laju laju pergi kl pastu lari 2 kilometer after kelas sebab ada interview bersama Bernama Radio untuk business aku tu, dan... macam macam lagilah! Haha

Antara kenangan tak boleh blah sem ini, lepas jawab test terus lari drive pergi ke Serdang

So yeah, sekarang ni aku nak kenang kenang balik kenangan aku untuk semester ini. Ayuhh.


BEL 492 - Presentation Skills

Untuk subjek ini, basically apa yang kami kena buat adalah buat 2 speech. Satu speech pendek (1st speech, 4 minit) dan satu speech panjang (2nd speech, 8 minit). Dan aku sangat bertuah sebab dapat lecturer yang super strict iaitu Professor Josephine yang dah bertahun pengalaman handle Muet. Dan teknik dia mengajar adalah perfect. Banyak gila skill present aku belajar dari dia. Fav lecturer aku lah senang kata!

Unfortunately, aku pernah jumpa dia masa minggu kedua untuk consultant dan dia sendiri pernah reveal sepanjang 8 tahun dia mengajar kat UiTM, dia pernah bagi A+/A untuk student dia sebanyak 2 orang jer. Aku dah telan air liur time tu. Bila aku tanya kenapa, dia cakap dia hanya akan bagi student dia A kalau student tu ada kriteria nak wakil UiTM je untuk bertanding. Gulp, telan air liur kedua. Hahaha.

 Terus aku cari tajuk awesome untuk first speech aku. Konon nak tawan hati dia lah. So aku proceed untuk tajuk first speech aku adalah 'plastik'. Sebab, bila orang cakap pasal plastik akan teringat pasal pencemaran semua bagai lah kan, tapi aku twist plastik untuk speech aku tuh aku nak cerita pasal 'kawan yang plastik'. Tapi dek kerana faktor masa berkerja, hinggakan aku practice sangat pun untuk speech tu, hari speech tu aku main ingat main point dan main gamble je untuk speech tu. End up hasilnya adalah macam haram. Aku hanya score 21/40. Gila sedih tak payah nak cakap. Lecturer cakap speech aku confusing, dalam english bila buat speech biar straight forward jangan nak madah berhelah sangat.... Aku redha.

Semua budak kelas 'bercakap dengan lantai' sebelum preparation
 
Second speech, aku buat tajuk Joseph Kony. Cerita pasal seorang terrorist kat Uganda yang bunuh dan buat kanak kanak sebagai child soldier. Kau boleh google/youtube kalau berminat nak tau. Siap buat research untuk presentation untuk cover balik markah yang hilang. Alhamdullilah, dia cakap untuk second speech tu dia kata dia nampak aku sebagai student yang paling banyak improvement dalam kelas dia. Walaupun markah tak tau, aku puas hati sebab dia cakap camtu.

So hasilnya, aku dapat B+ untuk subjek ini. Kira okay la tuh! Haha


BMD 501 - Mandarin Language III

The worst subject untuk semester ini hahaha. Aku dapat lecturer yang sangat strict dan suka bagi kerja banyak. Ikutkan, sangatlah bagus untuk student kalau macam tu, dapat practice. Masalahnya aku ni jenis pemalas dan masa pun selalu buat hal.

Banyak kali aku datang kelas kena tahan telinga kena marah dia sebab tak siap kerja. Pernah sekali masa test oral speaking aku kena halau balik sebab preparation macam haram. Aku banyak buat hal subjek ni. Just untuk video dan last oral speaking tu je buat elok elok tak nak kena repeat.

Belajar tulisan mandarin.. haha


Hasilnya, dapatlah b-, ok lah tu lulus haha. Thanks Laoshi!



FIN 533 - Personal Financial Planning

Dapat lecturer yang comel, cantik, dan fun! Hahaha tambah 10 markah untuk ini. So agak bersemangat lah aku nak belajar subjek ini. Aku suka finance yang ini sebab semua boleh relate dengan diri kau nanti untuk future, pasal kira kira tax, insurans, beli rumah, balance sheet, income statement, retirement planning dan macam macam lagilah! Lecturer aku pulak rajin suruh kitaorang buat sketsa (bayangkan untuk subjek kira kira kami belajar menggunakan sketsa!) - supaya lagi faham situasinya.

Sketsa 'Retirement Planning'

Bila dengar cara belajar kelas lain yang semua pening kena buat past year yang banyak untuk subjek ini dan kelas kami kena buat drama jerk, agak takut jugaklah. Tapi aku layankan teknik dia ajar ni. Sebab faham je kot! Watpe nak pening pening kepala.

So alhamdullilah, walaupun final paper kami dapat yang paling susah dalam sejarah berbanding semester sebelumnya (soalan tak pernah masuk final semester yang sebelum-sebelum ini) tapi berkat hasil lakonan kami dan otak aku pun punya main ligat relatekan drama dengan soalan masa jawab tu, aku dapat A untuk subjek ini. Thanks madam Rohaiza! :)


MGT 538 - Personal Development and Ethics

Subjek paling basic untuk semester ini tapi paling aku tak suka belajar. Belajar pasal time managametn, anger management, self management, employer employee management. Semua tu macam pikir logic je bagi aku tapi yang buat dia tak best sebab time jawab, jawapan semua kena ikut buku. Tak boleh goreng goreng. Aku dah stress jer.

Sebagai contoh, "give methods how to handle anger?" ikut logik akal kan macam banyak je jawapan dia seperti solat dan sebagainya tapi lecturer nak jawapan dalam buku je -.-'

So senang kata walaupun subjek ni senang, tapi jadi susah sebab kena ikut buku, huhu. Frankly speaking, aku sangat against dengan konsep ini because at the end of the day, lepas dah habis degree nanti hidup tu bukan semuanya ikut buku, cara kau survive jugak kan. Kalau dengan cara solat aku boleh hilang marah then kenapa nak ikut suggestion dalam buku sahaja? Yang tulis buku tu pun manusia kot? Tapi dek kerana faktor exam oriented kat kbm ni, aku terima sahajalah skema pemarkahan macam ni.

Community Service untuk kelas kami

So untuk subjek kali ini aku rasa benda yang paling kelakar adalah moment aku memalukan diri bersajak pasal dunia hijau dekat student sekolah untuk community service. Malu gila, tapi aku tebalkan muka untuk dapatkan carry mark terbaik untuk subjek ini. Tak boleh nak kenang langsung! Subjek ini pulak dapat B+, terima kasih Sir Ahmad!


MGT 546 - E-Commerce

Subjek paling susah nak fokus. Sumpah stress. Kelas pertama hari isnin pukul 6.30 petang dan kelas kedua hari jumaat pukul 2.30 petang! Waktu yang sangat tak productive. Lepas tu kena combine kelas ramai ramai. MasyaAllah stress gila time tu.

Kelas yang sangat pack

Nasib baik subjeknya banyak berkaitan dengan IT, so aku relatekan dengan apa yang aku belajar kat dalam dunia blog dengan dalam paper. Siap buat website lagi! Alhamdullilah dapat A untuk subject ini, terima kasih Sir Farhi :)


MKT 531 - Product Management

So far, ni subjek yang paling banyak dapat relatekan dengan business aku. So sesi belajar dalam kelas sangat smooth, senang nak faham dan senang nak ingat. Lecturer pun suka bagi nasihat dan tips.

Teammates untuk subjek ini, gadis gadis semuanya haha

Kami kena buat product innovation day untuk subject ini. Cipta satu product baru dalam market dan explainkannya pada public pada hari tersebut. Semua ahli kelas sukses menjayakannya! Markah tinggi tinggi semua. So, dapat A+ untuk subjek ini, thanks Puan Hamiza.


MKT 532 - Understanding Consumer

SUBJEK PALING SUSAH SEM INI. Susah dia sama macam subjek law. Banyak gila nak hafal. Tapi credit hour 3.0 je, stress habis! Untuk subjek ini, presentation adalah sangat sangat banyak. Setiap kali kelas ada presentation. Tidak termasuk assignment yang berlambak gila. Tidak termasuk setiap minggu kena buat slides untuk presentation.

Tidak termasuk kerja kursus individu kene reject 4 kali, tidak termasuk kelas ganti yang tidak terkira, tidak termasuk soalan bertubi tubi setiap kali presentation. Stressful! Lagi buat aku nak give up awal awal sebab first test aku tersalah jawab soalan sebab tajuk semua macam lebih kurang sama. Dengan carry mark 34/50. Aku dah nak macam putus harapan je.

Tapi masa study week aku struggle tahap kaw kaw punya sampai setiap info dalam buku aku hafal! Dahla buku tu tak nak lagi tebal. Semua perangai manusia nak beli barang dia sumbat dalam tu. Dengan research merepek anjing makan roti dikaitkan dengan stimuli manusia (aku cerita pun aku stress balik ni haha) dan macam macam lagilah. Muka pun tak betul je time jawab paper time tu.

Study sampai buku teks koyak, tak give up,  guna sepit baju sambung belajar

Sekali eh eh, dapat A lah subjek ini. Hahaha terima kasih Encik Zailani :)


QMT 425 - Quantitative and Business Analysis

Dapat lecturer yang sangat laju mengajar. But since ini adalah subjek kira-kira, so fokus tu memang tak lari. Kena rajin buat soalan latihan je la lah. Subjek pun macam banyak relate pada kira kira zaman diploma, kira macam flashback balik je.

First kelas je otak stress buat kira kira

Rasanya yang buat aku stress paper ni masa test 2, masa tak cukup so markah dapat rendah je untuk carry mark. Tapi final aku buat soalan past year banyak banyak lah. Alhamdullilah okay.

Dapat A untuk subjek ini, syukran Madam "Siti Nurhaliza" (dia suka sebut nama dia Siti Nur Haliza kalau student tanya nama dia.. haha)

Result semester ini


Alhamdullilah untuk rezeki ini. Dengan izin Allah, walaupun banyak kekangan dalam dunia degree ini, aku masih mampu mempunyai keputusan begini. InsyaAllah aku akan cuba maintain dan tambah lagi usaha pada sem seterusnya. Doakan!

Terima kasih


15 comments:

  1. Replies
    1. Okay terlupa ada classmate dah tau pasal blog ni -.-' haha alhamdullilah rezeki mila :D (ps jgn bgtau yang lain k haha)

      Delete
  2. Hey. Kau junior aku !
    Congrats result kau. Gila gempak ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, hello senior! Haha terima kasih!

      Delete
  3. Bamai lecturer menanda kertas soalan pelajar terikat dengan arahan fakulti untuk ikut skema jawapan sebenarnya. Bagi saya sebagai seorang lecturer, jawapan di luar skema juga diterima asalkan boleh diterima akal (mengikut nature subject), tetapi markahnya tidak boleh diberi penuh seperti dlm skema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang harap fakulti dapat ubah konsep terikat dengan skema permakahan ini. UiTM sendiri mengajak pelajar sentiasa berfikir di luar kotak namun masih terikat dengan konsep dalam buku untuk pelajar.

      Tetapi menurut pandangan saya, ini perkara kecil sahaja - pointer itu saya kira belakang cerita. Yang penting ilmu yang saya dapat di sebalik pointer itu. Zaman sekarang pun orang kata zaman pointer tolak tepi pengalaman itu yang penting, maka saya lagi bersyukur dengan pointer ini asalkan ilmu di sebalik subjek itu saya dapat.

      Terima kasih untuk pandangan encik/cik sebagai seorang pensyarah. UiTM di Hatiku.

      Delete
  4. ni sem berapa ni?kenapa current sem sama dengan sem in total erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sem 3. tapi lompat sebab ada credit transfer from diploma.

      Delete
  5. terjumpa blog ni sebab nk usha Community Service utk MGT 538...hehehe...perghhh...hebat gila...congrates yooo! :)

    ReplyDelete
  6. Salam tanya skit yer..utk qmt425 ni kira hebat dpt A. Blh x ajar kakak epjj utk subject ni. Klu x keberatan email to farezamatlui@yahoo.com.my. Tx

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm. sorry kak. bukan tak nak ajar, but rasanya better minta lecturer akak consult sendiri. lagipun dia kan yg tanda paper. better mcm tu kot. anyway tq kak :)

      Delete
  7. Salam, sy nak tny. Mcm mna awk kecilkan scope tajuk joseph kony tu yer? Boleh kongsikan sikit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...