Ayam Masak Sarsapilla (Resipi asal: Ayam Masak Coca Cola)



Tengah duduk membuat assignment advertisement analysis pagi tadi, tiba tiba aku terbukak facebook dan ada kawan kawan yang duduk share resipi ayam coca cola kat wall aku. So terjadilah entri ni. Atau kata nama lain aku terjadi masak resipi tersebut. Eh? haha.

So bahannya:
3 Ketul Ayam
3 Sudu kicap
1/2 Cawan Air Coke/Air Sarsi/Air Pepsi
1 Biji Bawang Merah (potong kecik kecik)
Sayur lain (kalau nak, aku tak letak)
Minyak masak (perlu ke tulis? bukan basic ke ni hahaha)

Sebenarnya nak cakap air coke takde kat rumah pastu ada air sarsi je. So aku tukar resipi asal ayam coca cola jadi ayam sarsapilla. Sedap jugak hahahaha. Konon chef hebat la tu pandai ubah ubah resipi sekali tukar air je. HAHAHAHAHAHA.

Ok macam biasa aku memang tak pandai buat lawak -.-'

Cara nak buat pulak:
1. Mula mula keluarkan ayam dari peti ais.
2. Tutup pintu peti ais.
3. Perap ayam dengan kicap dalam setengah jam macam tu. Tapi aku tak buat pun. Aku buat 10 minit je. Kalau nak tambah halia pun boleh jugak. Tapi rumah aku takde so aku perap dengan kicap je.
4. Lepas tu, panaskan minyak dan masukkan ayam ngan kicap yang kau dah peramkan tadi dan masak ayam tu sampai jadi separuh masak menggunakan apa kecil (6-7 minit kot).
5. Then, masukkan air sarsi dan bukak api besar and enjoy the show. Tengok buih dia. Cool!
6. Masak sampai air dah nak kering.
7. Lepastu masukkan bawang dan sayur (kalau nak), gaul, dan biarkan dalam 1 minit.
8. Angkat dan siap!

Kalau tak faham maybe boleh try tengok video ni.


Sedap! Macam tak sangka dia jadi sedap. Rasa dia manis manis masin. Aku makan kosong macam tu je sebab malas nak masak nasi. Orang bujang bro, faham faham je lah. Haha.


Selamat mencuba!! Jangan lupa share feedback! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...