5 Roket (Sebuah Karya Tingkatan 3 Mat Boyot)

Kelas itu kelas aneh. Kelas itu namanya kelas 5 Roket. Pelajarnya ada 22 orang. 14 perempuan dan 8 orang lelaki.

Mengapakah kelas itu aneh?

Itu'lah masalahnya.

Kerana tiada siapa pun tahu mengapa kelas itu aneh. Malah, guru kelas mereka sendiri sangat berperangai aneh.

Okey, ketepikan kepelikan mereka. Kerana mereka sangat aneh dan misteri. Mari kita ambil contoh saja. Lagi mudah untuk difahami.

Penolong ketua kelas 5 Roket itu namanya Mazlan. Mazlan merupakan pelajar seorang yang innocent. Lagaknya seperti budak skema yang matlamatnya hanya satu, skor dalam pelajaran. Itu sahaja. Namun begitu, jangan terperanjat kerana Mazlan selalu mendapat tempat yang corot dalam peperiksaan. Misteri'lah bukan?

Okey, bagaimanakah perwatakan budak paling cemerlang dalam kelas itu? Namanya Syamika. Seorang gadis yang agak terencat perwatakannya. Sebagai contoh, ketika belajar, dia suka tarik rambut kerinting beliau kuat-kuat. Kemudian dia pun menjerit kesakitan kuat-kuat. Semua ahli kelas memandang beliau. Dengan muka selamba, dia pun menuding jari pada Jacko. Siapakah Jacko?

Jacko merupakan tukang kebun di sekolah itu. Kerjanya ketika pelajar berada di sekolah adalah menyapu di koridor-koridor. Pukul 9 hingga 11 pagi, beliau akan menyapu sampah di blok pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ketika itu, pukul 10 suku, tiba-tiba dia mendengar seorang suara perempuan menjerit. Lantas beliau berlari ke arah suara wanita tersebut. Tiba-tiba, dia nampak seorang pelajar wanita berambut kerinting dari dalam kelas menuding jari ke arah beliau! Beliau tercengang.

'Hoi Pak Jacko! Apa kau buat tu ha?' tengking guru matematik kelas 5 roket, Cikgu Syasha. Dia membeliakkan mata dan melibas rotannya pada angin berulang-ulang. Jacko pun bertambah tercengang.

'Dia baling batu dekat Syamika cikgu' sebut Rizal, sambil membuat muka poyo. Rizal merupakan seorang batu api handalan dalam kelas 5 roket. Dia suka menimbulkan perbalahan.

'Betulkah Syamika?' tanya cikgu Syasha.

'Erm. Betul cikgu.' Syamika menjawab perlahan sambil tertunduk lesu.

'Huh. Pak Jacko ini sudah melampaulah! Mari ikut saya jumpa pengetua!' Jerit cikgu Syasha.

'Err...tapi cikgu....' pak Jacko cuba mempertahankan dirinya.

'Ah, sudah! Tiada tapi tapi! Mari ikut saya jumpa pengetua sekarang!' Pelajar, subjek kita tamat hari ini. Kamu semua boleh ulang kaji bab 3 di mukasurat 16 sementara menunggu subjek seterusnya' Kata cikgu Syasha.

Cikgu Syasha dan Pak Jacko pun beredar dari kelas 5 Roket.

Michell pun bangun dan terus menuju ke papan hitam. Semua ahli kelas 5 roket pun memerhatikan beliau. Michell mengambil sebatang kapur. Lalu menulis...

'GUYS, LET'S ENJOY!'

Semua pelajar kelas 5 Roket pun gelak. Mereka kemudian senyum dan memandang sesama mereka. Tiba-tiba Haza pun bangun dan menepuk tangan. Lalu beliau berkata

'Oh ya guys, jangan lupa ucap terima kasih buat Syamika dan Rizal' kata beliau sambil tersenyum. Rizal dan Syamika pun membuat senyuman hero. Semua ahli kelas 5 Roket pun bertepuk tangan.

Kemudian, mereka semua pun bermain-main dalam kelas. Mereka umpama berada di heaven. Sangat enjoy.

Tiba-tiba, cikgu Joe masuk ke dalam kelas.

'Berdiri semua' teriak ketua kelas 5 Roket, Akim. Semua pelajar pun bangun.

'Selamat sejahtera cikgu' kata Akim lalu diikuti pelajar lain.

'Selamat sejahtera. Duduk semua' balas cikgu Joe.

Haza pun memandang Michell. Mereka berdua pun menganggukkan kepala. Lalu tersenyum. Mereka berdua pun pergi mendapatkan cikgu Joe.

'Cikgu, kami nak pegi toilet kejap boleh?'

'Erm. Okay okay. Tapi jangan lama sangat. Ada skema sejarah yang saya nak bincangkan ni' Sambut cikgu Joe.

Mereka berdua pun tersenyum dan memandang sesama sendiri. 'Baiklah cikgu' jawab mereka serentak.

Selepas 5 minit, Haza pun berlari masuk ke kelas.

'Cikgu, Pak Jacko simbah Michell dengan air paip di tandas' jerit Haza.

'Apa?' balas cikgu Joe terperanjat.

'Jom cikgu, ikut saya cepat!' jerit Haza.

'Okay jom'

Selepas itu. Seluruh ahli kelas 5 Roket senyum dan ketawa perlahan. Mazlan pun berkata

'God, this is heaven!'

Ahli kelas yang lain pun ketawa.

Akhirnya, setelah sebulan, Pak Jacko pun dibuang dari kerja angkara mereka.

Seminggu selepas pak Jacko dibuang kerja, kawasan kelas mereka pun bertambah mereka semak. Tapi mereka buat tak layan pun.

Mereka hanya lalui hari-hari mereka dengan membuat dajal.

Kemudian, ada satu hari tu, lepas mereka rehat, kawasan kelas mereka tiba-tiba bersih. Mereka sangat misteri.

Bila cikgu kelas start mengajar, mereka pun bukak beg. Tengok-tengok,

Beg mereka semua penuh dengan daun!

Dari jauh, terdapat seorang pakcik tua melihat kelas 5 Roket sambil tergelak-gelak.

Ceh! 
 
****
 
Ps: Im just so weirdo during this years haha.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...