Orang Kata Derma Darah Tu Sakit



Orang kata derma darah sakit gila, jarum sama besar dengan urat baru darah akan keluar dari badan.

Then, lepas derma badan akan rasa lesu, tangan akan lebam, rasa macam nak pitam, pening, tak boleh concentrate hari tu. Kau akan rasa sinar mentari itu bahangnya sampai satu badan berpeluh walaupun dalam aircond tahap darah pun boleh beku.

Pastu kalau kau gemuk, urat susah nak cari dia cucuk banyak kali sampai jumpa. Pastu yang jaga nurse tu mesti gemuk gemuk pakai lipstik merah tebal and muka masam mencuka kenapa aku dapat sigemuk ni tak boleh cuci mata sial betul kau ni budak.

Bius pun letak sikit je, sakit jugak last last jadinya. Pedih dia macam berdenyut non-stop satu hari. Bila nak mengadu nurse tu muka lagi munyuk rasa nak cucuk je jaram tu kat muka kau banyak songeh pulak kau nak derma, derma je lah! Banyak songeh pulak.

Pastu orang kata, darah dalam badan akan berkurang so rasa moody semacam je untuk hari tu.

Hmmm. Aku pulak kata.


BULLSHIT ITU SEMUA.

Tak sakit langsung, takde negative effect langsung, senang, cepat, dapat air 100 plus ngan roti free, dapat sijil, dapat cop kemahiran insaniah (siap dapat nurse yang tengah praktikal lagi haha). Perghhh puas hati bhaii lepas tu campur dengan perasaan lepas derma darah tu knowing that your blood may save someone's life.

Awesome bro.


1 comment:

  1. nurse lawa sebagai motivasi, lepas ni jemput datang pusat darah negara utk next derma, lagi2 ramai nurse lawa, unlimited.

    -penderma darah tegar PDN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...