Student Project - ChaChos Commercial (Marketing Communication Subject)


Al-kisahnya kami diberikan tugas oleh lecturer kami untuk memilih satu produk dan buatkan iklan untuk produk itu sekreatif mungkin. Tugasan diberikan 2 minggu awal ketika baru start sem, tapi sebab kitaorang dah bosan takde benda nak buat awal sem.

Kitaorang pun cepat cepat nak siapkan assignment tersebut. Haaa inilah kisah..

Hari Pertama - Discussion


So basically kami malam tu bincang dekat facebook produk apa nak guna & nak buat iklan macam mana.  Macam macam idea keluar gilette, twisties, sardin, maggi, faber castell, pergh macam macam la wa cakap. Kitaorang borak dekat lebih 3 jam.

Paling tak logic ada adalah nak buat iklan gillete, andaikatalahkanshootingmacamharammemangtakkelakarlabrader. 

Last last malam tu habis berbincang dengan nothing. Tapi esok dah janji jugak nak gamble, main terjah je nanti tengok nasib harap harap resultnya ok.

Hari Kedua - Shooting day

Preparation

Pagi tu kami berjumpa makan nasi lemak dengan idea yang kosong. Pastu tengah makan semua muka macam haram takde mood nak shooting sebab takde jalan cerita last last kami dapat idea spontan untuk kalerkan muka. 

So kami direct shoot drive pergi tesco beli water colour murah RM2.50 pastu pilih product main pilih je ChaChos time tu. Gila spontan habis!

So there we go kami sudah ada produk dan watak. Jom berlakon!


Lepas tu drive pergi ke area bangunan bangunan melaka dekat river cruise. Sebab banyak warna. Since kami semua pakai baju warna yang sama dengan warna tema chachos (secara tidak dirancang),  so cadang nak cari background warna yang sama untuk setiap paket chachos.


 Sampai sampai, terus sesi cat muka. Hahaha gila sporting wa cakap sama lu. Masa kitaorang kaler muka tu semua yang lalu lalang dekat situ amik gambar kitaorang. Epic fail malu habis bhai!


Result 1. Pelakon pelakon Chachos: Cik Bbq, Encik Hot Curry dan Encik Original.


Result 2. Pelakon utama. 


Result 3. Pencuri Chachos.



Selesai cat muka kami jalan satu melaka cari bangunan yang ada warna merah, biru dengan purple. Benda yang paling kelakar adalah driving dengan muka bercat. Semua kereta yang terpandang kami muka macam pelik/takut semacam konon ingat kami ni perompak ke apa. Hahaha. Sumpah gelak sakan dalam kereta. Bagi signal nak tukar lane pun senang je semua bagi. Macam gangster lah aku cakap, best!

Jalan Cerita


So started with this guy dulu, nama dia Fahmi. Watak utama untuk iklan. Since dia watak utama dan takde warna specific, so kami cari je background warna putih. Damn lucky sebab jumpa port best untuk shoot takde orang tengok. Tapi since dia watak utama, so shoot tu lama sikit lah.


Next is this lady, nama dia Farhana. Watak untuk perisa bbq. So kene cari background warna purple. Rayau punya rayau jumpa kedai runcit warna purple. Shoot! Hahaha time shooting semua yang lalu lalang tengok kitaorang. Demi markah memang buang malu tolak tepi segan silu semua. Kelakar gila!


Next is this mat cool brother, Azeril. Watak untuk perisa original. Dia ni seorang yang selalu cool ala ala macho lah so shooting brader ni paling susah. Muka memang terpaksa habis berlakon tapi kami paksa jugak. Muka macam terpaksa happy haha. So background untuk warna ni adalah di Ibu Pejabat Polis Melaka. Memang kelakar habis lah kan tengah tengah shooting pastu polis semua pandang slack je haha.


Next is this muka tak tau malu punya mamat, Hafidz. Watak untuk perisa hot curry. Jahanam jahanam. Nak cari bangunan merah punyalah susah. Mula mula cadang nak shoot dekat A' Famosa tapi manusia banyak sangat, so rayau punya rayau, jumpalah satu bangunan kat jonker yang warna merah. Siap tiba-tiba ada apek kat situ tetibe offer diri nak masuk iklan kitaorang time tu pulak. Pun boleh!


Next is our uztaz in the group, Syahmi. Hmm since watak dia ni senang, dan backrgound pun nak kaler putih je. So kitaorang tak puas hati semua muka dia kitaorang kasi kaler. Rambut pun kaler jugak letak warna putih. Haa baru adil. Choy haha.

Selesai shooting


Alang alang di jonker, kami jalan dengan muka penuh cat dipandang pelik semua manusia di situ. Like a boss! So pekena air kelapa di satu kedai ni. Amoi tu masa kitaorang masuk kedai dia muka dah cuak semacam ingat kitaorang nak buat apa kat dia. Boleh bayangkan tak? LOL


Muka muka jahanam minum air kelapa. Tengah panas perik matahari, dengan penat shooting, dapat air kelapa! Mantap!

Hari Terakhir - Editing day

So hari last ni kami edit video je. So hasilnya adalah berikut:



 Maka inilah hasil kerja kami. Menyelesaikan assignment iklan hanya dalam 3 hari. Walaupun result tak macam pro, tapi untuk level amateur macam kitaorang, ok la tu kot. Nak smart smart nanti tunggu kerja! Eh? Boleh pulak macam tu. Haha.

So apa pendapat anda terhadap video kami? Drop us some comments! Sumpah aku appreciate, nak tau jugak feedback. Haha thanks!

Jangan lupa likes entri ni okay! :D


2 comments:

  1. hahaha.seriously dapat bayangkan cemane orang tengok korang haha. lawak gila the main actor. superb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. terima kasih. malu gila masa tu. tq again umi :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...