Memasak Tanpa Minyak (Cooking With No Oil)

Antara cabaran terbesar dalam pemakanan yang sihat adalah memasak tanpa minyak. Macam biasa, orang melayu bila memasak, minyak dan masakan mesti tidak dapat dipisahkan.

Yang aku selalu baca kat internet, kalau bab memasak yang sihat ni, orang selalu suggest guna teknik rebus, kukus & panggang. Masalahnya:

Kalau rebus, rasa dah tak sedap. Tawar.

Kalau kukus makan masa yang lama, kena beli tempat kukus lagi.

Kalau panggang leceh kena hidupkan api pakai arang. Time consuming. Mahal. Lepas tu kalau hangus tak elok jugak ada karbon boleh sebabkan kanser.

jkdbjsiavdbisoandmsa1@#@@#@$


Nak dijadikan cerita tengah mengantuk tunggu traffic light on the way balik rumah lepas seharian di kelas tiba tiba terfikir nak masak guna aluminium foil. Jadi bila lampu hijau time berangan tu terus drive lalu depan kedai runcit kat taman perumahan dan beli aluminium foil.


There you go. Resipi macam haram je untuk percubaan eksperimen masak masak di rumah sewa. Ayam tabur kicap sikit halia bawang putih limau sikit dah tu je. Pastu peram dalam sejam pastu tabur bawang dan balut dengan aluminum foil! Resipi cikai cikai je! Hahaha.


Lepas balut campak atas kuali bukak api paling kecik lepas tu online facebook bukak youtube bukak twitter pergi mandi ke apa ke suka hati ko lah nak buat apa! Lepas 15 minit terbalikkan. Masak lagi 15 minit. Bau dia naik satu rumah bhaii.


Agak agak dah masak lama dan bau dah semakin awesome. Angkat & hidang!


Tadaaaa. Biasa je rupanya tapi rasa di superb! Semua rasa dia serap dalam ayam tu. Boleh nampak lemak kat ayam semua dah cair. Healthy & tasty! Agak agak tak cukup masin boleh tabur sikit lah garam kat atas ayam tu (ni cakap berdasarkan pengalaman ni sebab ayam tawar gila haha).

Tapi jujurnya menyesal letak bawang awal awal sebab patutnya lepas bakar baru tabur. Sebab dia lembik lepas masak -.-' (aku suka kalau bawang tu crunchy sikit).


Anyway boleh dikatakan sedap lah untuk kategori bujang tak pandai masak macam aku. Lepas ni nak experiment lagi untuk lain lain resipi dengan cara masak yang sama!

Selamat mencuba! Haha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...