(Resepi Bergambar) Kek Coklat Cips / Chocolate Chips Cake

Walaupun takde mood nak update blog. Tapi demi resepi yang layak mendapat hashtag #SedapNakMampos dan #SedapGilaBabi ini. Jom aku share resepi yang aku buat raya lepas yang licin tak sampai setengah hari. Sedap woi! 


Bahan-bahan:

400 gm tepung naik sendiri
100 gm serbuk koko
500 gm butter
500 gm gula castor
8 telur (size A)
2 cawan coklat cips. Nak lebih pun takpe, lagi banyak lagi sedap.
2 cawan fresh milk / evaporated milk


Cara Nak Buat:

Pertama sekali. Panaskan oven. Lepas tu ayak tepung dengan serbuk koko. Lepas ayak, campak coklat cips. Gaul pastu letak tepi.


Next, pukul butter dan castor sugar hingga kembang. Masukkan telur sebiji, sebiji hingga habis. Pukul lagi hingga semua kembang.


Masukkan tepung yang diayak tadi pastu gaul rata


Masukkan dalam tin cake yang dah siap letak baking paper yang di sapu butter. Bakar selama 1 jam 15 minit, 180 C


Cucuk garfu dalam cake. Tarik. Kalau garfu tu clean, cake dah siap. Kalau ada lagi adunan melekat pada garfu, bakar lagi. 

And yeah, dah siap. Resepi ni boleh dapat 2 cake.



Percayalah cakap aku, cake ini sedap gila nak mampos. Walaupun buruk (sebab aku pun buat main cincai je kerana dipaksa mak aku sebab asyik tido je hahaha) tapi sedap wey. Lepas ni boleh buat lagi!

So, selamat mencuba!

(Bangga sebab update blog dalam masa kurang 10 minit hahaha okbye)


Result Aku Semester Ini #2

Orait, ini adalah kesinambungan untuk result sem lepas di artikel ini.

HECTIC SEM adalah best words untuk describe sem ini. Sebelum sem ni bermula, seriously aku tiada mood langsung mahu sambung belajar. Dah berkira mau berhenti belajar / ambil pengajian jarak jauh (PJJ) sebab nak concentrate kepada business aku (sekarang ni masih buat tapi secara part time sambil belajar). Tapi bila fikir fikir balik, tinggal lagi 2 semester belajar + 1 semester praktikal sahaja lagi, aku kuatkan tekad. Sem ini aku kene tempuh dan jayakan sebaik mungkin!

Maka, ini adalah subjek yang aku ambil untuk semester ini!


First sekali, aku terus tengok semua subjek. Takde mandarin, yahoo! Sebab selalunya lah, semester yang ada mandarin mesti pointer kureng sikit, kerana walaupun ada darah cina dalam badan ni, gua tak mandarin mandarin lah bro. Lepas tu, tengok nama nama subjek, boleh tahan mencabar. Tapi semangat tu masih ada. Cun, boleh proceed lagi la macam tu.

So, subjek sem ini adalah:

 BEL 422 - Report Writing

Kelolaan Madam Isma Izza. Seorang lecturer yang nampak sangat tegas, tapi bila dia bukak mulut, pergh sporting gila! Sangat rock dan steady. Tapi macam lecturer bel aku jugak sem lepas, ada satu masalah besar. Dia seorang yang sangat strict dalam menanda kertas. Menurut dia juga, dia claim yang dia adalah seorang yang sangat sangat sangat jarang bagi student dia A ataupun A-. 

Ok. Pressure sudah ada.

Maka untuk subjek ini, kami ambil topik yang mudah je sebab madam dah bilang awal awal dia lebih nak tengok kreativiti dan language kitaorang. As for that, proceed dengan tajuk research 'Stress management among UiTM KBM and UTeM students'. Dan itu adalah part kreatif kami, iaitu unlike any before, kami make effort untuk ke universiti lain dalam melaka untuk compare research kami dengan UiTM sendiri.

Kiranya, macam mana engineering students dan business students manage diaorang punya stress. Dan seriously, result dia menarik! A lot to tell, so of course lah, banyak benda boleh cerita time final presentation. In terms pasal report agak tebal jugak la kitaorang buat, lebih 70 helai. Fuhh!

Just ada sedikit benda yang sangat sangat aku terkilan semasa hari hantar report. Di cover page report, tersalah eja nama dia kepada Isma IzzaH padahal sepatutnya Isma Izza je. She's got a bit upset tapi nak minta tukar pun tak dapat dah time tu :(

Direct dia cakap, saya takkan bagi A dekat student macam ni. Aku tanya balik, A- boleh tak madam? Pun confirm tak. Unless kamu present hebat. Sebelum keluar bilik dia, aku pandang dia, aku cakap. Saya janji madam, akan bagi yang terbaik. Saya akan pegang A- tu. Dia senyum.

Hari presentation, kitaorang push sehebat mungkin and she loves our report and presentation! Alhamdullilah dapat A- untuk subjek ini, sangat sangat berpuas hati! Thanks madam :)

Final Presentation Day

CTU 553 - Ethnic Relations

Dapat Ustaz Nasiff. Seorang ustaz yang sangat cool, tapi ustaz asyik sakit so for most of the time, maka banyak kena study sendiri, yang mana bagi aku, takde masalah sangat sebab subjek ni subjek membaca.

Yang masalahnya, subjek ni sama macam subjek sejarah form 4 dan form 5 combined dan kau kena study dalam hanya satu semester. Gila, dah la aku tak minat sejarah! haha


Maka bermulah episod nota tebal nak mampus. Memang tak boleh shortkan langsung, setiap baris ayat dalam buku teks fakta. Stress siot.


Stress sampai kena study McD sampai 3 pagi buat nota. Lepas tu keluar McD tengok jalan lenggang. Otak kelakar datang. Maka bila lagi lah kan bro aku nak dapat pengalaman bergambar di tengah jalan besar bandar melaka pukul 3 pagi pakai baju melayu! Perfect! Hahahaha.

Oh ya, untuk subjek ini, kena buat research jugak. Dan untuk research kali ini, aku dan group sepakat fikir dan ambil tajuk yang sangat berat dan sangat sukar untuk dikupas, iaitu mengenai Akta Auku (Akta Universiti Kolej Universiti). Iaitu mengenai penglibatan pelajar dalam politik dan gesaan mahasiswa seluruh Malaysia yang mahukan akta tersebut di pinda. Nak tambah effort, kali ini jugak kami buat keputusan untuk pergi ke 3 universiti dalam Melaka untuk buat random interview mengenai Akta Auku. Dan berdasarkan research kami, kurang dari 15% adalah maklum tentang kewujudan akta ini.

Hal ini jugak merangkumi semua aspek, yang sebenarnya sangat seronok untuk didengar dan itulah yang bestnya! Presentation day, semua pelajar concentrate dan ustaz puji presentation kami! Alhamdullilah. Nak bikin lagi gempak, siap bagi nama group #Blackout505 sempena PRU13 + dengan gimik semua pakai baju hitam semasa presentation. Berjalan dengan sangat lancar! Alhamdullilah.

Jugak hari yang sama kena bagi tazkirah sebab aku seorang je lelaki dalam group. Malu bhai hahaha.

Presentation day! Group yang kat bawah pun presentation best, menceritakan tentang media massa di Malaysia

So alhamdullilah, walaupun target A sebenarnya untuk subjek ini tapi dapat A- je. Apapun, syukur, Malaysia masih aman. Hahahaha.


ECO 555 - Managerial Economics 

Favourite subject! Dapat lecturer pun alhamdullilah, sangat inspiring. Madam Hazalinda. Aku suka bila dia bercerita tentang hidup dia yang sangat susah masa kecil tapi sekarang sudah stabil. Aku suka bila setiap kali dia bercerita tentang kehidupan dia, bertapa dia bersyukur dengan hidup yang dia ada sekarang.

Siap cakap awal awal, apa yang awak belajar subjek ini. Tak penting pun masa hadapan. Sem depan awak akan lupa kembali. Tapi yang awak bawak adalah diri dan cara awak menuntut ilmu dari pengajar. Itu yang awak akan bawak sampai bila bila dalam hidup. Sangat dalam maksudnya.

Oh btw, ini adalah subjek kira kira!


Hari first kelas, terus dapat kuiz! Gila kentang aku cakap.  Kena buat pasal diffrentiation yang belajar masa form 5. Mana ingat lagi -.-'. Terkial kial satu kelas buat, siap study kira kira guna smartphone guna goodle nak settlekan. Jahanam! haha


Moment study dengan classmates! Cuba study dengan mereka sebab mereka suruh ajar. Walaupun aku agak busy dengan kekangan masa, aku cuba jugak ajar. Sebab 2-3 minggu sebelum tu, aku ada blurr pasal satu subjek (Teori Cobb Doglas), buat satu soalan dekat lebih 4 jam siap search google semua masih tak dapat nak buat. Nak call lecturer, dia ada hal masa tu. Gila stress, takde sapa nak tanya. 

Nasib baik datang ilham cuba tanya member diploma kat twitter, walaupun tak pernah sekelas, tanya je sebab mereka student eko, so mesti dah pakar punya ni. Pergh gila lah segan, tak dilayan! Hahahaha. Sedih gila ok, dia continue je sambung update status tak cakap apa pun. Ok, terus jadi segan gila sebab aku pun mungkin main tanya je, atau mungkin ayat aku tak proper kot. Down kerana itu, dah set dalam otak kalau aku master bab tu, wajib ajar orang lain yang tak faham. Tak nak buat orang rasa apa yang aku rasa time tu sebab tak best. Sebab aku faham perasaan macam mana orang tak ajar haha (ilmu kan untuk dikongsi, apa guna pandai kalau lokek ilmu).

Nak dijadikan kisah, esoknya seorang kawan yang lain datang bantu. Terus faham! Senang je rupanya, as for that, dah janji dalam diri. Maka masa final dan test 2, aku ajar diaorang, alhamdullilah semua dapat buat dan score. Syukur!

Kerja kira kira madam. Pergh.


Jadi tutor semasa study week. Dalam ajar orang, aku pun turut belajar sama. Dan alhamdullilah, untuk subjek ini, dapat A+. Nice! :)


ENT 530 - Principle of Entrepreneurship

Subjek paling banyak semester kelolaan Miss Nazirah. Sangat banyak assignment sampai tak boleh list semua hahaha. Antaranya:


1 hour education video. Setiap group dapat 1 chapter dan kena buat video pasal chapter tu. Bayangkan, kalau kita present pun 1 jam tu lama gila, ini pulak video. Nak shooting, nak edit, nak cari gambar, nak fahamkan, nak bla bla bla. Pastu bila nak save, laptop hang/freeze. Gila gaban stress cakap ko. Group lain sampai ada yang menangis tak boleh buat. Kat atas ni moment buat video dengan groupmate, pukul 4 pagi. Presentation pukul 9. Muka dah tak macam manusia seminggu tak tidur hahaha. Last last, keluar carry mark, video tu markah dia 5% je. Hahahaha nampak tak stress subjek ni macam mana.



Oh, dan namapun entrepreneur mestilah ada event kan. So ini booth kitaorang untuk event 'Product Innovation and Invention day.' Hanya kelas kitaorang sahaja dari semester 4 yang dipilih untuk compete dengan student semester 5. Pergh, miss memang perah gila student nak tengok semangat entrepreneur kitaorang. Okay, challenge accepted!


Hari event. Booth kami sangat sangat mendapat sambutan. Siap buat effor dengan groupmate masak nasi lemak untuk dijual semasa expo. Sangat laku macam pisang goreng panas. Sambil buat presentation product kat juri, sambil berniaga. Alhamdullilah dapat profit kat situ je lebih RM100. Sambil menyelam kita minum air!


Hasilnya, daripada lebih 35 group yang join expo tu (5 group dari kelas aku), kami berjaya memenangi tempat ketiga dan poster terbaik. Dapat duit lagi! Alhamdullilah :)


Bergambar bersama penasihat kami, Sir Helmi yang sangat supportive.


Hasilnya, duit RM250+ tu kami joli habis habis makan besar minggu depannya. Pizza Hut, McD, Seoul Garden dan Bowling! Semua percuma! Niceee gila!


Dan untuk subjek ni, dapat A-, thanks miss! 

MKT 537 - Marketing Research

Kesinambungan untuk subjek principle of research semasa diploma. Tapi lagi mendalam. Kelolaan Madam Rozita. Sangat bersyukur sebab semasa diploma dapat lecturer yang sangat tekan kan pasal subjek ini sebab dia kata penting masa degree dan memang betul pun. So alhamdullilah, basic research dah ada. So tinggal nak pulun habis habis je!


Our research report! Tajuk research adalah Understanding The Impact Of Informational Package Elements Toward Consumer Purchasing Behavior For Carbonated Drinks Product In Melaka Tengah, Malaysia.



Hahaha walaupun baca macam senang subjek ni, tapi ini merupakan subjek killer sem ini. Akupun jadi killer kat groupmate. Memang pulun diaorang sampai habis, banyak gila journal aku suruh diaorang review untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang research yang kitaorang bakal buat. Rasanya paling kurang seorang 100 journal kena baca. 5 orang, ko kira sendiri lah berapa journal kami baca untuk buat study. Groupmate stress je dengan aku. Hahahahaha. But alhamdullilah, report kami mendapat pujian lecturer. Untuk presentation dan report, dapat 19/20. Very nice!


Presentation day. Hari pertama semua dapat bakai kot, so sesi bergambar mestilah wajib bro!

Oh dan untuk subjek ini, alhamdullilah dapat A :)

MKT 542 - Channel Management 

Favourite subject dan favourite lecturer, Madam Azlin! First masuk kelas, nampak macam senior fakulti je aku tengok, pastu muka kerek gila. Aku dah macam bengang je tengok sebab dah la masuk kelas aku pastu buat muka kerek, sekali bila bukak mulut rupanya lecturer kitaorang! Muda lagi hahaha! Dan dia sangat sporting! Selamba kodok dengan student!

Dan subjek ini pulak mengenai distibution system antara manufacturer, wholesaler, dan retailer mengenai sesuatu produk. Subject yang sangat memberi penekanan tentang real case scenario produk produk luar. Juga sangat memberi pemahaman pasal business part time aku.


The greatest part adalah since dia pun beza sikit je dengan umur kami (5 tahun tak silap) so dia sangat faham student macam mana. So yeah, semua student memang suka termasuklah aku. Dan sangat faham dia ajar! Clear and precisely!


Sporting sampai join kami makan duit menang expo kat seoul garden. Hahaha.


Sporting sampai suruh kami buat lukisan ala ala sekolah rendah untuk satu bab dalam channel tuh. Macam jahanam lukisan haha!


Sporting sampai join main bowling sama sama.

Since dapat lecturer best, ajar pun faham. Alhamdullilah dapat A :)
MKT 547 - Marketing Communication

Subjek paling seronok untuk sem ini. Under control Madam Zaliha. Kena buat iklan tv yay!


Aku ada blog pasal progress iklan ni kat sini. Kalau free jemputlah baca!


The endorser for the advertisement!


Night before presentation day. Kalau tak silap, dalam satu minggu ada 5 presentation berderet. Subject ini paling last presentation. Sampai tertido tido group aku sebab keletihan tak cukup tidur.


Storyboard untuk iklan kami! Jangan tanya kenapa ada kucing kat situ haha. Model sampingan.


Alhamdullilah, A untuk subjek ini! :)

Random Stuffs Throughout The Semester

 Antara presentation untuk semester ini


Keadaan bilik semasa minggu-minggu sebelum final. Sangat tidak terurus!


Majlis anugerah dekan :)


Laser tag with diploma buddies!

 

Jonker walk with teammate!


Most importantly, classmates! :D

Result Semester Ini


Alhamdullilah did it again this semester! Walaupun semester sangat hectic tapi penuh dengan pengalaman. Sekarang tinggal 1 semester belajar + 1 semester praktikal sahaja lagi. Semoga berjalan lancar. Dan semoga Allah permudahkan segalanya. Terima kasih untuk semua yang ada ketika jatuh bangun aku. Doakan yang terbaik, insyaAllah.

Terima kasih!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...