(Resepi Bergambar) Kek Coklat Cips / Chocolate Chips Cake

Walaupun takde mood nak update blog. Tapi demi resepi yang layak mendapat hashtag #SedapNakMampos dan #SedapGilaBabi ini. Jom aku share resepi yang aku buat raya lepas yang licin tak sampai setengah hari. Sedap woi! 


Bahan-bahan:

400 gm tepung naik sendiri
100 gm serbuk koko
500 gm butter
500 gm gula castor
8 telur (size A)
2 cawan coklat cips. Nak lebih pun takpe, lagi banyak lagi sedap.
2 cawan fresh milk / evaporated milk


Cara Nak Buat:

Pertama sekali. Panaskan oven. Lepas tu ayak tepung dengan serbuk koko. Lepas ayak, campak coklat cips. Gaul pastu letak tepi.


Next, pukul butter dan castor sugar hingga kembang. Masukkan telur sebiji, sebiji hingga habis. Pukul lagi hingga semua kembang.


Masukkan tepung yang diayak tadi pastu gaul rata


Masukkan dalam tin cake yang dah siap letak baking paper yang di sapu butter. Bakar selama 1 jam 15 minit, 180 C


Cucuk garfu dalam cake. Tarik. Kalau garfu tu clean, cake dah siap. Kalau ada lagi adunan melekat pada garfu, bakar lagi. 

And yeah, dah siap. Resepi ni boleh dapat 2 cake.



Percayalah cakap aku, cake ini sedap gila nak mampos. Walaupun buruk (sebab aku pun buat main cincai je kerana dipaksa mak aku sebab asyik tido je hahaha) tapi sedap wey. Lepas ni boleh buat lagi!

So, selamat mencuba!

(Bangga sebab update blog dalam masa kurang 10 minit hahaha okbye)


1 comment:

  1. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...