Result aku semester ini #3

 Takde idea lah nak buat intro bagaimana. Direct terus ke point boleh? Hahhaha jom.

Relationship Marketing


Untuk subjek Relationship Marketing, aku dapat lecturer research semester lepas iaitu Madam Rozita. Macam biasa lecturer yang sangat sangat sangat menitik beratkan penampilan pelajarnya terutama time komunikasi dan presentation.


Subjek ini sepatutnya menjadi sangat senang sebab total ada 6 sahaja chapter untuk belajar. Tapi jadi sangat complicated sebab bila chapter semakin sedikit, soalan final menjadi sangat detail dan lebih mendalam dan juga sangat menguji kefahaman. Subjek ni belajar pasal macam mana kita nak retain relation kita dengan orang yang kita buat business seperti supplier, customer, employee dan sebagainya untuk loyal dengan kita. So agak interesting jugaklah.

Nak dijadikan cerita, di pertengahan semester, lecturer kena buat pembedahan mata. Lebih kurang 3 minggu jugaklah kami terkontang kanting takde kelas takde belajar apa.

LOL. Ayat nak best terkontang kanting padahal suka takde kelas. Kahkahkah.

Tapi sebelum operation madam sempat bagi tugasan assignment untuk buat kajian tentang relationship marketing. So aku dan team buat tajuk pasal macam mana tesco guna technology driven data through membershipcard to increase customer loyalty. Lebih kurang macam tu lah.


 Slides presentation kami.


Macam biasa, bila dah nama pun research, berkumpul dan bersengkang mata itu adalah tradisi. Berpulun habis habisan untuk dapatkan hasil kajian yang baik. Tapi masa presentation day tetap kena hentam gila nak mati! Stress betul. Sampai rasa nak buat balik dari mula. Tapi madam cakap dah terlambat. Tapi lepas semua group dah habis present, madam cakap 'saya bukan nak tengok sangat awak semua punya report tapi macam mana awak punya self confidence dan gaya awak present'


End up tiba tiba madam cakap best presenter dia sebut nama aku. Tersenyum puas. Alhamdullilah, berbaloi buat kajian download berpuluh puluh journal. A+ for this subject.

Global Marketing


The toughest but the most favourite subject! Tapi first impression untuk subjek ni seriously dah tak best, awal awal dah kena paksa beli buku mahal nak mampos dan tebal nak mampos ni. Chapter pulak tak nak lagi banyak.


 But gladly, dapat lecturer yang sangat bagus! Garang tapi best. Hahaha. Madam Syuhada. Bila dia garang serious satu kelas senyap, tapi garang tak lama lepas 15 minit takleh control garang dia bantai gelak kuat kuat balik. LOL. Serious best.

And untuk bagi pemahaman yang lagi dalam untuk subjek ni, most of the chapter (kecuali yang susah) dia akan suruh student present. So peemahaman tu lagi dalam lah. Habis student present, dia akan terangkan balik.

So ini apa yang aku buat untuk buat subjek ni dari susah ke senang:

Tulis semua penerangan madam dalam kelas! All the time dalam kelas, pegang highlighter, pen dan buku teks. Conteng habis habisan buku text. Highlightkan setiap main points. Serious cakap, subjek ni memang susah dan terpaksa study semua guna buku text. Best part dalam kesusahan salin tu semua, bila dah salin penerangan, kita ingat cerita dalam buku tu pasal apa. Hehe.

Jangan habis kat situ, dah habis kelas, bila free, salin balik contengan dalam buku tu dalam kertas kasi kemas dan tadaaa!

 

Inilah hasilnya. Satu chapter satu kertas! So dari beratus pages kau kene baca, aku rasa like a boss waktu final sebab aku hanya ada 14 keping kertas sahaja untuk dibaca. Agak agak tak faham penerangan dalam notes tu baru bukak buku, serious cara ni berkesan dan agak leceh pada awalnya tapi cara ni buat aku rasa subjek ni best!  


Antara slides presentation aku untuk subjek ni.


Kenangan paling kelakar untuk subjek ni adalah ketika madam tengah marah dengan kelas kitaorang sebab tak dapat jawab soalan dia lepastu kitaorang buat suprise birthday cake maka terus madam gelak gelak tak marah dan terus dia habiskan kelas just like that! Hahahaha.


Untuk assignment pulak, kami kena create new product dan kena pasarkan produk kami tu di AEON Malacca. Serious nice experience wa cakap sama lu! Kena speaking pulak tu masa cerita pasal produk kat orang awam. Madam nak terapkan semangat self confident dalam diri kitaorang. Alhamdullilah the project went very well dan untuk sales satu hari je, aku dan group berjaya generate RM1200. Good job team!


Dan pihak aeon pun berpuas hati dengan projek kami sampai letak plat penghargaan kat bilik meeting dia. Bangga dengan batchmate semua!


Subjek global mestilah kena pergi oversea kan, so kami kena pergi New Zealand. K tipu, padahal jalan jalan i-city je LOL.



Toughest part untuk subjek ni? Confirm aku takkan lupa, iaitu masa sama hari dengan pre-graduation day. Majlis waktu pagi, so tengah tengah majlis aku study. Malam tu pun dah study sampai pukul 4 pagi sebenarnya. Tapi still continues revise masa majlis. Serious macam budak retard wa cakap. Settle majlis, berkejar ke UiTM untuk jawab test. Serious serabut otak.

Tengah tengah jawab test. Dapat message ayah aku masuk hospital and kena operate batu karang. Aku jadi tak tenang dan try cakap dengan kawan. Sekali tiba tiba madam datang kat meja aku dan koyakkan kertas jawapan test aku time tu jugak sebab aku bercakap time test.

Aku punya down time tu tak boleh cakap! Sampai tak boleh nak explain kat madam langsung. Aku diam je time tu. Tapi aku ambil kertas baru dan tulis balik. Mana boleh woo! Penat study takkan nak give up macam tu. Pastu aku hantar jugak kertas jawapan, alhamdullilah madam terima. Habis test direct pergi hospital!

Serious kenangan tak boleh lupa. Dan alhamdullilah, untuk subject ni. Dapat A. Thank youu madam!

Strategic Management


Dapat lecturer paling strict balik masa part 3! Hahaha Sir Zailani. Tapi sem ni sir sporting tak suruh present setiap kelas lagi dah. Hahaha. Sangat sangat cool sampai belanja kami makan pizza banyak gila masa nak dekat final. Thank you sir!


Basically subject ni senang je nak faham, tapi masalah dia satu je, tebal nak mampus. Satu chapter dekat 80 slides nak bunuh student ke apa? Hahaha subjek yang mengajar macam mana kalau kita jadi bos, macam mana nak manage pekerja barang customer competitor dan semua jenis perkara yang kita boleh managelah! Interesting subject.


Bila banyak subjek, macam biasalah, kena korbankan waktu tidur.

Dan juga bergelumang dengan nota. Banyak gila stress sebab point lebih kurang sama dan takut asyik salah point.


Nak dijadikan cerita, sebelum jawab paper final, aku pergi kedai beli pen sekali terjumpa satu produk air baru dari F&N - MyCola. So aku macam rasa interested lah kat produk tu, sekali masa masuk dewan peperiksaan, tengok soalan dekat bahagian case study keluar pasal mycola! Banyak yang stress sebab tak faham case study tu. Allah nak tolong aku, sebab dah tengok produk tu, aku agak faham jugaklah case study tu pasal apa.

Alhamdullilah boleh jawab. Dan dapat A untuk subjek ini. Thank you Sir!

Business Marketing

First time tengok list subjek yang kena belajar untuk sem ini, ini adalah subjek yang paling tangkap perhatian aku. Dan yang paling best adalah.


Dapat balik lecturer yang paling strict tapi paling favourite sepanjang sejarah aku di universiti. Madam Azlin! Hahaha. This semester, although madam lebih serious, but at same time, bonding antara student dengan dia makin closer.

Basically, subjek ni mengajar macam mana nak buat marketing kepada syarikat. Lebih kurang macam tu lah. A very interesting subjek!


Untuk assignment, kena conduct field trip. Aku dengan muka confident tak fikir kerja menimbun terus volunteer jadi ketua projek. End up untuk buat field trip ke Taiping & Kuala Kangsar. 3 hari 2 malam. 

Though jadi ketua projek, memang banyak nama yang aku kena bagi credit. First sekali mestilah Atty yang jadi penolong ketua projek merangkap dealer mencari tempat tempat untuk dilawat disana. Fafar Dekyah ngan Leen yang jadi setiausaha buat proposal naik turun HEP sampai dapat duit elaun RM2K+, Bonet Ika Zati tolong buat report, dan semualah satu kelas senang cakap! Semua saling bantu membantu.

The greatest part? Kami tak guna langsung duit poket untuk trip ini. Hasil aktiviti fund raising yang kelas buat. Ok ni nanti boleh satu post baru camne kami collect money. Hehe.


Most memorable part untuk subjek mestilah first test. Tak dapat jawab. Gila blank otak time tu. Down takleh nak cakap. And finally baru nampak yang dia really pushing us to our best limit, memang tak kasi student dalam comfort zone, so dah memang set next test lepas ni, wajib pulun habis habisan!


Tapi end up lagi mencabar kuiz ngan test yang diberi! Bayangkan dapat kuiz dalam bentuk mind map, silang kata, problem solving, 'cabutan bertuah' (25 set soalan, cabut satu soalan terus jawab.. means setiap student dapat soalan lain lain) dan macam macam lagi yang mencabar!

Nampak tak bertapa best study dengan lecturer ni? Haha


Ini gambar semasa trip perak, siap dapat naik bot buat eagle feeding, dolphin hunting, ngan fireflies view lagi. Best subject and best lecturer ever!


Selain itu, assignment lain adalah kena review mana mana buku entrepreneur yang dah berjaya. Kami pilih Dato' Azrin Mohd Noor. Ini gambar selepas presentation. Ceh konon hebat dah berjaya padahal degree pun belum habis lagi kah kah kah.


Gambar carry mark kami. Siap tulis nasihat lagi. To be honest, aku takkan lupa jasa baik lecturer ni. Very close to student. Ni antara caption dia kat instagram untuk last day kami bersama dia untuk semester ini:

First week of part4, I had negative perception towards this class. Not to mention, they were quiet and *slow*.. Plus with @rffyrzf walked in late and had cap on. Gile tebakar.. Then @hafidzridzwan 's fave phrase "saya cuba madam, saya cuba".. Tapi tak pernah sampai jawapannya.. I was really annoyed because he was the only one who tried. Then we had our 1st tutorial when I started to notice @azerilsyafik 's name. My q was "siapa azeril ni???".. Bunyi cengkerik sekejap sebab semua takut. Then #MASA had futsal tournament and I bumped into @kamilanazri & ika at coconut shake. They were shy.. :) We had classes on friday and syahmi spoke to me abt how worried he was that u ppl may skip classes. So I knew I had to do something. Tutorials and quizes on friday was the best option I had. Either u like it or hate it, I really didn't care. All I know I just had to do my job. Then u ppl joined the iid. That was when I started to really get to know the class even better. Slowly I understood each student's character and found out about judo's business.. I support his business in any way I can. And I would do the same to others :) The sem ended and new sem started and I was surprised when the KF gave me the new workload. Dapat lagi u ppl. Excited plus worried. Excited because I already knew ur "rhythms", worried because afraid u might get too comfortable. But thankfully we went thru sept-jan finely. Thx for being such wonderful students. I am sorry if I made one or two of u cried or refused to entertain ur msges when u apologize. I forgive each and everyone of u. And ingatlah saya tegur, marah bukan sebab saya tak suka kamu. Ignore kamu bukan sebab saya tak nak amek tahu. I have faith in you ppl. Good luck and go "fly". Never let anyone stop you from doing the things u like. Only u know ur strength and capability. Tc and babai..  #DramaFrama #KehBye #bm2205d

Dear madam, if only you read this. Thanks for everything. Thanks tolong naik turun pejabat admin dealkan dengan orang atas untuk kecualikan saya dari join ppkp sebab nak kena join exhibition untuk business saya. Thanks sebab sentiasa jawab whatsapp saya tanya pasal subjek yang tak faham. Thanks sebab tolong download slides extra untuk chapter saya tak faham. Thanks sebab sentiasa nasihat kami semua. Thanks for everything! 

And worst part adalah this subject paling buat aku frust. Jujur cakap, untuk paper ni, aku buat past year paper sampai tahun 2007 punya. Which means lebih dari 10 paper! Tapi sekali final keluar soalan pasal benda yang aku sendiri blurr dia tanya pasal apa?

Ingat lagi masa jawab final. Aku otak blurr dan hang gila nak arwah. Sampai rasa nak keluar dewan dan just bullshitkan paper tu. Tapi tiba tiba teringat muka lecturer dan ayat yang selalu dia cakap kat aku - 'Im counting on you' maka aku kuatkan semangat dan gagahkan otak just tulis semua jawapan semua guna logik akal apa yang pernah belajar dalam kelas.

Dan untuk subjek ini aku dapat B+. Walaupun tak A, tapi aku puas sebab aku tak give up untuk subjek ni. And serious cakap lepas dapat result terus message madam. Dia siap reply:



How my thankful words couldn't reply her kindness :)


Issue in Marketing

Subjek tiada final paper yeay!


Under kawalan Miss Geetha! Lecturer yang super sporting plus sangat cool. Basically ini adalah subject yang sangat cool sebab tiada syllabus. And tiada guide of studying. So apa yang kena buat hanyalah present present dan present!

To be exact, setiap minggu kena come out dengan issue yang ada dalam marketing dan present dalam kelas. Lepas present ada sesi debate dengan classmate. And come out with solution. Miss pulak kata tiada rules dalam presentation, guna kreativiti untuk tarik audience untuk pay attention to the presentation.

Maka group aku apa lagi. Semua bantai cuba. Kami buat sketsa, forum, lakonan, formal presentation, tv show dan macam macam lagi.

Antara topik yang kitaorang buat:

1) China Tainted Tea
2) Requirement of HACCP to export product to international level
3) The strictness of getting Halal certificate
4) In what material does Malaysian most ethnocentric at
5) The evolution of food technology - the fake meat

Banyak lagi sebenarnya tapi seboleh mungkin cuba cari tajuk yang semua belum tahu. Therefore, people akan pay attention pada presentation :)


Selain itu, untuk subjek ini juga kena buat trip ke luar negara. Maka kami satu batch ke Jakarta dan Bandung, Indonesia. Pengalaman yang tak boleh lupa di sana adalah kena jadi wakil universiti bersama dua member yang lain untuk adakan sesi bertukar experience bersama 5 ambassador terpilih untuk universiti tersebut. Tergagap gagap jugaklah aku nak susun ayat. Haha.

Tapi pengalaman yang mantap. Selalu ingatkan mereka di sana pelajarannya biasa biasa saja, tapi masa sesi tu semua ambassador di sana cakap fully speaking and they speak with full confidence, good languange, humble, kind, pretty handsome and full package lah senang kata! Last last aku pun kagum dengan mereka.

Kat atas di ni gambar bersama mereka, baju biru wakil uitm dan hijau pula mereka. Greatest experience!

 Back to this subject, yang tak boleh blah untuk subjek ni setiap kali present mesti ada budak kelas ambil gambar senyap senyap lepastu edit gambar share kat whatsapp. Macam jahanam!! Hahaha.


Dan kat atas ni adalah editing paling harammmm. Hahahahahaha.

Since subjek best, no limit in creativity, lecturer pun sporting, akupun apa lagi bagi all out lah dan super thankful sebab dapat A+ untuk subjek ini.

Strategic Marketing

Subjek kitar semula sebab mostly semua benda dalam buku text dah belajar dari semester semester lepas. Hehehe. Dan dapat lecturer yang business minded - Madam Hamiza. Hee haaa.


Assignment kami senang je, since lecturer business minded dan kami pun belajar pasal strategic marketing, task dia adalah conduct apa sahaja yang boleh generate money.

Duit itu katanya, akan disalurkan untuk field trip ke Perak dan Indonesia dan ikut suka hati kamu lah nak buat apa. Maka untuk subjek ini, meeting dan brainstorming session tu memang banyak gila nak mati la wa cakap.


Sampai makan pun bincang pasal macam mana nak collect duit.


Sementara tu, serious cakap, subjek ini paling aku tak sentuh buku text sangat. Sentuh time nak dekat dengan test je, lecturer pun jenis lagi minat pemahaman pelajar dari salin ayat buku text. Hehehe. Kat atas ni moment test 2, study bagai nak rak sekali keluar soalan pasal pemahaman terhadap subjek. Sia sia je hafal point buku text. Rasa macam kena troll masa dapat kertas soalan. Tapi best jugaklah memang aku suka bab goreng goreng points ni.

Paling tak boleh blah dapat full mark untuk test tu. LOL. I just love this subject.


Contoh slides lecturer aku. HAHAHAHA like seriously madam macam mana saya nak terangkan pasal strategic business unit (sbu) time final paper guna gambar ni semua nanti? Takkan nak cerita seorang pasangan kahwin pastu dapat 4 orang anak satu ceria satu pendiam satu suka senyum satu suka buat muka comel? PEHHHH (tolonglah faham lawak aku, tengah maksud gambar atas ni kahkahkah)


Part of the fund raising activities. Classmates serious bagi all out and I am proud to have them as my team.


Hasilnya, kami berjaya collect RM8K+ throughout the semester. Hee haaa puas hati gila. Ok seriously aku rasa untuk fund raising activities ni deserves another post entry. Boleh cerita bagaimana kami collect money. 

Dan makanya, untuk subjek ini, dapat A. Hehe thank you Madam Hamiza! :)


Special Thanks


Classmate! Definitely gonna miss every single of them. Dah praktikal ni semua dah berpisah, tapi insyaAllah spiriti #BM2205D tu akan tetap ada.


Lecturers! Expecially on this last semester. Semuanya best dan sporting dan suka bagi nasihat & teguran pada kami!


Groupmate! Yang sangat faham cara aku bekerja, thank you for the cooperation and yeah we rock again this semester. Semua dapat anugerah dekan tahniah!

Result Aku Semester Ini


Alhamdullilah I did it again this semester! The most difficult semester by far. Countless time I feel like giving up and luckily I did not.

So, another only one semester to go! Praktical + thesis.

May Allah ease the journey :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...