The Cheezylicious Cheesekut

Hello semua hari aku nak ajar cara buat cheesekut. Malas nak buat intro best, direct to the point je lah jom.


Untuk membuat cheesekut ni, kau perlukan bahan diatas. Cream cheese 250g dah cukup.


So first, cream cheese (masih sejuk) ko potong cube, campak susu manis setengah tin dan pastu campak 2 sudu susu full cream dutch lady. Pastu pakai mixer, ko mix kan dia.


Mixkan sampai jadi fluffy macam kat atas ni. Ok dah letak tepi sat.


Next, sediakan satu mangkuk yang diisikan dengan susu full cream. Rendamkan biskut sampai agak agak biskut tu dah serap susu. Takyah rendam sampai hancur pulak.


Pastu susunkan dalam bekas jadi satu layer.


Lepas tu sapukan cream cheese yang dah mix tadi atas biskut.


Taburkan nestum sikit. Ulang balik dari step biskut tadi sampai cream cheese tu habis.


Siap! Masukkan dalam peti ais pastu biarkan selama 5 jam, pastu dah boleh makan. Kalau tak sejuk tak sedap cheesekut ni.

Yahoo blog updated dalam masa 8 minit. Rekod terkini.

Haha bye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...