(Resipi Bergambar) Chocolate Chips Cookies

Kalau rumah aku, ini merupakan kuih raya paling laris confirm habis awal dan semestinya layak mendapat hashtag #sedapnakmampus. Dek kerana banyak gila member aku mintak resipi, so biar aku catat kat sini je. So forward je link blog kalau diaorang mintak. Hahaha.

So jom buat! Seriously sangat sedap dan wow kau kena cuba! 

First sekali, di atas surat khabar yang dibentang luas. Campakkan bahan berikut:

 4 cawan tepung gandum, 2 sudu teh baking soda, 2 sudu teh baking powder (diayak)
5 cawan oats (dikisar halus)
3 cawan kekacang (dicincang/ diblend tapi takyah halus sangat)
kekacang ikut pilihan anda, walnuts, hazelnuts, badam dll


Next, campak lagi benda alah ni

650 gram choc chips
550 gram coklat bar (diparut) // gantikan dengan chocs chips jenis lain kalau malas parut



Dah settle, gaul rata bahan bahan tu semua tadi. Make sure kalau boleh semua coklat chips tu bersalut dengan tepung. Masuk dalam bekas lepas tu letak tepi.


Next, pukul dalam bekas:

2 cawan butter
1 cawan gula
 2 cawan gula perang
4 biji telur gred A


Bila dah rata, tambah lagi bahan berikut dan pukul sampai rata lagi.

1 sudu teh garam
 2 sudu teh esen vanilla // 2 sudu teh buttermilk (aku guna buttermilk sebab bau lagi wangi)



Lepas pukul, boleh la masukkan yang kau dah pukul tu ke dalam tepung coklat bendalah semua tu tadi dan uli sampai rata seperti gambar di bawah:


Bentukkan bodoh bodoh atas dulang tak payah cantik sangat sebab nak ada beauty of imperfection di dalam choc chips tersebut. Hahahaha ok tak kelakar.


Bakar selama 10 - 20 minit pada suhu 190’C. 

Senang kata, bakar sampai sedap nak makan.


Sekian. Untuk resipi di atas, boleh dapat banyak macam gambar di atas.

Selamat menampah lemak ya kodok kodok sekalian.


2 comments:

  1. Salam kenal n selamat hari raya. nampak cam sedapnyer leh try nie hehehe...anyway saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...