Sunday, August 24, 2014

Result Aku Semester Ini (final) #4

Aku tak tau kenapa aku masih menulis blog sebab bila fikir balik skills menulis aku sangat sucks. Dengan blog yang ntah apa apa lepas tu update blog pun 2 bulan sekali,  blog pulak nama matboyot.. tapi hari ini di sebalik kerja yang aku yang berlambak, walaupun busy, tiba-tiba tangan dok gatal pi upload gambar kat blogger lepastu lepas balik kerja aku tengok skrin laptop, walauweh dah siap upload maka hari ni aku terpaksa jugak update blog.

Intro pun dah macam haram kah kah kah.

Al-kisahnya 2 minggu lepas, result aku dah keluar. Paling umph adalah, itulah result terakhir untuk degree ini... dah habis belajar woi!

Al-kisahnya, untuk semester last ini ada 2 subjek je. Iaitu praktikal & thesis.

MKT 661 - Industrial Training

Kata nama lain, praktikal. Aku praktikal di company yang tolong pasarkan produk produk di melaka. Aku macam expect wow apakah skop pemasaran yang bakal dilakukan?

Maka skop kerja untuk 2 minggu praktikal yang pertama adalah:


Kemas stor. Kemas sarang tikus sarang lipas segala jenis sarang yang membiak dengan habuk tebal 3 inci dengan segala jenis barang yang dimakan tikus. Juga memasang perangkap tikus untuk membasmi segala kuman sampai aku dah rasa macam macam tukang cuci yang berjaya. Aku juga rasa perlu diwujudkan subjek khas untuk degree in marketing maybe kod HYG211 - Premise Hygienic confirm aku dapat A.


Lepas tu macam bangga apabila kerja mula membuahkan hasil. Bangga melihat tikus tikus kematian anak bini dan diri sendiri di sekitar premis. Kahkahkah. 
Apa jahanam biar betul ini aku tengah praktikal aktiviti pemasaran ni der?


Selain itu juga tidak mampu dilupakan ketika hari pertama kerja adalah paip bilik air pecah memancut mancut lepas tu jadi bidan terjun jadi tukang paip. Lepas tu straight kene basuh bilik air. Waaa multitask wa takde hal semua wa layan.



Dan makaaaa, stor dah kemas!! *angkat kening


Selepas sesi kemas premis kasi kemas, diberikan job to next level, angkat beras 80-100 kampit untuk diedarkan diseluruh melaka. Peluh mencurah curah ke ladang gandum tapi aku steady mindset dalam otak 'sabar bro sabar bro nanti ko boleh sado bro' tapi tak jugak melantak sebab melantak lunch terus 2 kali hahahaha.


Juga belajar balut hamper. Haaaa kelas kan mak, mak memang suka buat kerja kerja mcm ni nak T.T

Dah finally, lepas 3 minggu, diberikan skop tugas yang ada berkaitan dengan marketing sikit! Kena pasarkan produk produk yang ada di syarikat di agensi sekitar melaka. First geng bawak keluar buat marketing adalah geng praktikal dari UUM & KUIM, iaitu Aida dan Fatin. 
 


Kena ambil cop dan tandatangan untuk setiap tempat yang kami buat marketing. Alhamdullilah great experience di situ.


Selain itu, juga menghadiri pelbagai seminar yang dijalankan kerajaan. Layankan je.


Dan selepas sebulan, geng praktikal di tempat kerja menjadi sangat akrab. Semua kepala gila gila and they are very friendly, cool, dan sangat best lah senang kata. Dari kanan Kuchai (KUIM), Aida (UUM), Fafar (UiTM), CikPah (Senior Employee), Fatin (KUIM), & Azie (UiTM).

And I seriously grateful to meet them in my life!


Takkan dilupakan perasaan pertama ada punchkad kerja. Siap selfie punchkad lagi. hahaha.


Selepas sebulan kerja, diberikan kepercayaan untuk jaga premis premis company di sekitar Melaka. Jadi jurujual. Jual dodol lelong lelong.


Waktu cuti sekolah, duduk di Muzium kat Melaka mempromosikan produk keluaran Melaka. Antaranya air buah melaka.


Selepas 2 bulan, geng praktikal KUIM iaitu Fatin & Kuchai pun tamat berkhidmat. Lalu masuk student baru dari Kolej Fama, Akmal. Aktiviti promosi dipertingkat levelnya, kali ni kena approach private company. Aku and the team pergi usya hotel hotel 4 bintang ke atas. Habis formal pakai kemeja pastu speaking semua padahal promote dodol belacan tu semua je hahaha.


Dan walaupun kuchai dan fatin dah habis, kitaorang still maintain friendship. Yang ini time celebrate birthday kuchai. Kat sebelah dia tu Chan. Juga geng yang aku akrab masa praktikal. He is 40 years chinese and sangat sangat suka ajak aku join tolong kerja dia. Alang alang free memang suka lah tolong sebab dia rajin belanja makan. Thanks bro chan!


Lepas 3 bulan, diberikan kepercayaan lebih tinggi. Kalau ada event, kena jadi speaker untuk bagi speech dekat tetamu yang datang. Antaranya, tourist dari middle east. 

Paling tak boleh blah masa ni penat speaking semua lepas tu muka blurr rupanya tak reti cakap bahasa melayu/english.. kene guna translator lol!!!


Juga sempat keluar lepak dengan geng sekelas degree uitm yang lain semasa lunch hour :)


Makan makan dengan geng praktikal di pizza hut. Sebulan sebelum praktikal habis. Celebrate birthday Fafar alang alang.


Sebulan sebelum habis juga, terpilih antara kawan praktikal yang lain untuk join festival belia dan sukan yang dianjurkan oleh YB Khairy Jamaludin. Mewakili negeri Melaka :)

First jumpa KJ face to face tapi handphone habis bateri time tu tak dapat bergambar.


Dan akhirnya, settle! Praktikal pun tamat


Bergambar dengan geng geng praktikal. Serious rindu suasana gila kita sesama wei!

Dan resultnya, alhamdullilah lulus. Takde gred pun subjek ni hahaha.

MKT 669 - Industrial Training Project Paper


Sangat terkejut sebab dapat Timbalan Rektor UiTM Melaka sebagai advisor.  Encik Norazman. Tapi student panggil dia Ayah Man sebab dia sangat rapat dengan pelajar. Sangat berdebar masa first time nak jumpa. 

Geng thesis pula adalah Ezlin, Niesa & Spark.


Basically, kalau dah namanya pun research tentulah mencabar sampai 3-4 pagi tak tidur (kerja last minute apa lagi haha).


Tapi sangat bersyukur dapat Ayah Man sebab dia sangat sangat sangat details explanation time mengajar. Tetapi dia sangat sangat sangat sangat sangat sangat strict!

Setiap huruf dia baca. SETIAP HURUF.

Huruf kecik besar grammar mistake font spacing points semua dia sangat teliti.



But he is very great lecturer. Boleh cakap antara lecturer terbaik pernah aku dapat sepanjang title sebagai seorang pelajar. Sanggup layan student datang ke rumah untuk menuntut ilmu. 

Walaupun datang rumah pukul 1 pagi. Dia tetap bukak pintu layan kitaorang dan lepas ajar siap ajak kitaorang sahur (aku buat thesis waktu bulan Ramadhan).

Alhamdullilah walaupun pedih asyik salah je setiap kali hantar updated thesis tapi hasil kerja akhir memang puas hati!


Viva pun berjalan dengan lancar!


Alhamdullilah, semua berjalan lancar. Dapat A untuk thesis :)

Result aku semester ini:

ALHAMDULLILAH!

Officially done with degree. Paling syukur, aku berjaya kejar title yang aku nak semasa aku diploma. Nak ucap terima kasih macam banyak sangat nama yang nak kena mention but all in all terima kasih kepada semua ahli keluarga, tenaga tenaga pengajar dan kawan kawan yang banyak tolong aku sepanjang degree ni.

Pejam celik pejam celik. 2 tahun sudah berlalu dan aku sudahpun pegang title seorang graduan sarjana muda. InsyaAllah more to come, untuk jangka masa dekat ni, cuba untuk memperbaiki diri.

Tazzaba nak konvo bulan November ini :)

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."


Friday, July 25, 2014

(Resipi Bergambar) Chocolate Chips Cookies

Kalau rumah aku, ini merupakan kuih raya paling laris confirm habis awal dan semestinya layak mendapat hashtag #sedapnakmampus. Dek kerana banyak gila member aku mintak resipi, so biar aku catat kat sini je. So forward je link blog kalau diaorang mintak. Hahaha.

So jom buat! Seriously sangat sedap dan wow kau kena cuba! 

First sekali, di atas surat khabar yang dibentang luas. Campakkan bahan berikut:

 4 cawan tepung gandum, 2 sudu teh baking soda, 2 sudu teh baking powder (diayak)
5 cawan oats (dikisar halus)
3 cawan kekacang (dicincang/ diblend tapi takyah halus sangat)
kekacang ikut pilihan anda, walnuts, hazelnuts, badam dll


Next, campak lagi benda alah ni

650 gram choc chips
550 gram coklat bar (diparut) // gantikan dengan chocs chips jenis lain kalau malas parut
 


Dah settle, gaul rata bahan bahan tu semua tadi. Make sure kalau boleh semua coklat chips tu bersalut dengan tepung. Masuk dalam bekas lepas tu letak tepi.


Next, pukul dalam bekas:

2 cawan butter
2 cawan gula
 2 cawan gula perang

Bila dah rata, tambah lagi bahan berikut dan pukul sampai rata lagi.

1 sudu teh garam
 2 sudu teh esen vanilla // 2 sudu teh buttermilk (aku guna buttermilk sebab bau lagi wangi)



Lepas pukul, boleh la masukkan yang kau dah pukul tu ke dalam tepung coklat bendalah semua tu tadi dan uli sampai rata seperti gambar di bawah:


Bentukkan bodoh bodoh atas dulang tak payah cantik sangat sebab nak ada beauty of imperfection di dalam choc chips tersebut. Hahahaha ok tak kelakar.


Bakar selama 10 - 20 minit pada suhu 190’C. 

Senang kata, bakar sampai sedap nak makan.


Sekian. Untuk resipi di atas, boleh dapat banyak macam gambar di atas.

Selamat menampah lemak ya kodok kodok sekalian.


Thursday, May 01, 2014

The Cheezylicious Cheesekut

Hello semua hari aku nak ajar cara buat cheesekut. Malas nak buat intro best, direct to the point je lah jom.


Untuk membuat cheesekut ni, kau perlukan bahan diatas. Cream cheese 250g dah cukup.


So first, cream cheese (masih sejuk) ko potong cube, campak susu manis setengah tin dan pastu campak 2 sudu susu full cream dutch lady. Pastu pakai mixer, ko mix kan dia.


Mixkan sampai jadi fluffy macam kat atas ni. Ok dah letak tepi sat.


Next, sediakan satu mangkuk yang diisikan dengan susu full cream. Rendamkan biskut sampai agak agak biskut tu dah serap susu. Takyah rendam sampai hancur pulak.


Pastu susunkan dalam bekas jadi satu layer.


Lepas tu sapukan cream cheese yang dah mix tadi atas biskut.


Taburkan nestum sikit. Ulang balik dari step biskut tadi sampai cream cheese tu habis.


Siap! Masukkan dalam peti ais pastu biarkan selama 5 jam, pastu dah boleh makan. Kalau tak sejuk tak sedap cheesekut ni.

Yahoo blog updated dalam masa 8 minit. Rekod terkini.

Haha bye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...